Friday, March 27, 2009

Ho Chi Minh Day 1

Aku memulakan perjalanan ke vietnam pada 5 ogos 2005 .Aku menaiki penerbangan malaysia untuk ke vietnam, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam menaiki pesawat 737.dari dalam kapal terbang pikiran aku asyik terbayang-bayang tentang keadaan negara yang telah berperang dengan US.

Bila masuk sahaja ruang udara vietnam aku dapat melihat kawah-kawah yang berisi air di tengah-tengah sawah dan aku di beritahu itu sebenarnya adalah kesan letusan bom tentera udara amerika.
Aku mendarat di lapangan terbang Tan Son Nhat , ho chi minh . Daripada apa yang aku dengar lapangan terbang ini asalnya ialah lapangan terbang tentera sebab itu masih terdapat bunker-bunker tempat menyimpan kapal terbang di tengah-tengah landasan.Suasana disini memang agak unik dan aku sedikit culture shock bila mula-mula sampai disini.Sebab suasananya amat sibuk dengan hiruk pikuk motorsikal.

Dari segi pemakaian orang disini memang sebijik seperti yang terdapat di dalam filem2 perang hollywood.Majority memakai topi seperti tudung saji dan yang perempuan memakai pakaian seperti cheongsam berseluar.Daripada airport aku bergerak keluar ke hotel dengan menaiki teksi.Matawang rasmi disini ialah VIETNAM DONG tetapi majority peniaga dan hotel disini lebih suka menggunakan US dolar.aku menginap di hotel murah , iaitu hotel SAIGON PINK , daripada luar nampak seperti hotel murah seperti di kawasan chow kit tetapi keadaan di dalam hotel adalah amat bersih serta selesa.Setelah berehat aku memulakan perjalanan ke pasar BEN TANH yang terletak 20 meter dari kawasan hotel aku.bagi orang malaysia , pasar BEN TANH ini memang cukup popular .Manakan tidak masuk saja pasar ini , ramai peniaga yang menegur ku menggunakan bahasa malaysia ,"ADIK MANIS , MURAH MURAH,KAIN ELOK2" .Ben Tanh memang terkenal di Ho Chi Minh sebagai tempat mendapatkan barangan fabrik dengan harga yang murah.Malah ramai peniaga2 malaysia mendapatkan bekalan mereka dari pasar Ben Tanh. Berbekalkan peta aku meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki ke kawasan bandar baru Ho Chi Minh, kawasan bandar baru ini dijaga dengan rapi dan kawasan sekitarnya amat bersih dan cantik .Mungkin vietnam cuba untuk menunjuk imej baru mereka dengan menjadikan kawasan ini sebagai contoh.

di sepanjang perjalanan disini terdapat banyak kedai cenderamata menjual hasil tinggalan perang.Peluru , Grenade , jam askar US lama dan bermacam lagi tetapi awas apabila anda membeli barang-barang sebegini sebab mungkin di rampas di airport.Aku membeli souvenier lighter lama bekas askar amerika yang terukir dengan nama.Setelah penat berjalan di kawasan shooping complex aku memulakan perjalanan pulang di hotel.

Setelah mandi dan makan malam(makanan yang di tapau dari malaysia) , aku memulakan perjalanan di waktu malam , kebetulan di hadapan hotel aku ada pasar malam maka keadaan adalah amat sesak dan bising dengan aktiviti manusia.Sesetengah orang mungkin berasa tidak selesa dengan keadaan seperti itu , tapi bagi aku ianya adalah sebahagian daripada pengalaman di negara orang.keadaan waktu malam lebih menggerunkan sedikit sebab aku perhatikan keadaan lalu lintas adalah lebih sesak di tambah pulak dengan ketiadaan lampu jalan.Banyak pulak pengemis yang meminta sedekah daripada pelancung asing , kebanyakan peminta sedekah disini adalah mangsa periuk api atau mangsa semasa zaman perang amerika semasa tahun 70-an.

Satu benda yang unik disini ialah kebanyakan gerai-gerai makan terletak secara
'open space' di tepi jalan dengan beralaskan bangku dan meja kecil.Aku lepak sekejap di salah satu warung tepi jalan untuk menghilangkan dahaga serta menikmati "street life drama" bandar Ho Chi Minh di waktu malam.Sambil-sambil itu aku merancang untuk aktiviti esok.

No comments:

Post a Comment