Tuesday, March 31, 2009

Ho chi Minh day 2

hari kedua aku berjalan dari hotel ke War Remnants Museum .Jarak dari hotel tidak berapa jauh kalau tak silap aku lebih kurang 3 kilometer.Museum ini dulunya di kenali sebagai Musem of Chinese and American War Crimes , kalau tak silap aku tiket masuk lebih kurang 10000 dong.
Boleh dikatakan tujuan muzium ini dibina ialah sebagai mesin propaganda kerajaan terhadap jenayah perang amerika.Banyak artifak perang di pamerkan serta tayangan video tentang pengunaan bahan kimia AGENT ORANGE yang menybabkan kecatatan kekal.Bila tengok gambar2 lama kesan peperangan rasanya seperti tidak percaya yang negara ini sebenarnya baru sahaja tamat perang pada tahun 1979.Bila anda berada di vietnam anda sebenarnya memang boleh merasakan kesan-kesan peperangan sebab di mana-mana boleh dilihat kesan peperangan dan kalau kita masuk ke kawasan-kawasan kampung kadang-kadang kita dapat lihat kelonsong peluru berpandu ataupun bom di gunakan sebagai tiang untuk menyokong bumbung rumah.
Daripada muzium aku meneruskan perjalanan berjalan kaki ke Bangunan Pos Office vietnam dan NOTRE DAME CATHEDRAL.Bangunan pos office ini adalah sebenarnya bangunan lama yang telah dibina oleh pihak perancis pada kurun ke 18 dan aku rasa sesiapa yang datang kesini patut datang melawat ke sini kerana senibinanya.Di sebelah POS office terletak NOTRE DAME cathedral.Setelah berehat seketika aku meneruskan perjalanan ke REUNIFICATION PALACE.Jarak ke presidential palace agak jauh jugak dari sini , kalau tak silap aku berjalan hampir 50 minit untuk kesana . Tapi aku tak kisah sebab at least aku dapat melihat karenah masyarakat tempatan dan mungkin aku dapat merasa street food vietnam.

REUNIFICATION PALACE sebenarnya ialah istana dan pejabat rasmi president ketika president Ho Chi Minh memerintah.Seluruh complex adalah amat besar dan aku dibawa melawat ke bilik2 rahsia yang terletak di bawah tanah.Butir-butir terperinci bangunan ini aku tak berapa ingat tetapi bangunan ini dijaga rapi oleh pihak kerajaan.
Aku berehat sebentar di salah satu taman berhadapan istana sebelum meneruskan perjalan pulang ke hotel. Jarak perjalanan ke hotel pun agak jauh juga . di sepanjang perjalanan aku singgah di salah sebuah kain sutera yang terletak berdekatan dengan hotel.Esok aku akan meneruskan perjalanan ke CHU CI tunnel yng terletak lebih kurang 2 jam perjalanan dengan bas dari bandar HO CHI MINH.

1 comment: