Monday, March 23, 2009

Jambatan Pulau Bunting











Sebut saja Jambatan Pulau Bunting , aku gerenti almost 99% orang akan tercengang dan tertanya-tanya lokasi jambatan tersebut.Sebenarnya aku pun pertama kali terdengar akan kisah jambatan tersebut walaupun setelah berpuluh tahun tinggal di utara semenanjung Malaysia.Sesiapa yang pernah pergi melihat jambatan tersebut di daerah YAN , KEDAH pasti pulang dengan seribu tanda tanya tentang misteri jambatan tersebut.

Sesungguhnya jamabatan itu mmg unik disebabkan rekabentuk , saiz dan tujuan asal pembinaan. Mengikut info yang aku dapat daripada orang tempatan semasa menjelajah di kawasan itu ialah jambatan yang sepanjang 2.3 km itu dibina oleh GAMUDA berhad dimana pemilik projek ialah JKR , tujuan sebenar pembinaan aku tak pasti sebab ada banyak versi dari pihak tempatan.Ada yang mengatakan ianya untuk pembinaan marina ada jugak yang kata untuk pelabuhan dan macam-macam lagi.Tetapi melihat kepada skala pembinaan dan akhirnya di biarkan begitu sahaja jelas menunjukkan pembaziran wang telah berlaku.Pertama kali tiba disana aku tak dapat nafikan yang aku memang kagum dengan rekabentuk jambatan itu , memamng sungguh tak disangka terdapat jambatan sebegini rupa di tempat yang ceruk.

Jambatan ini sekarangnya menjadi tempat tumpuan warga tempatan untuk memancing dan aku rasa kerajaan negeri patut "exploit" tempat ini untuk lokasi memancing and etc. Saiz pulau ini aku tak pasti tapi mungkin dlm 300m x 200m . Kepada sesiapa yang berminat untuk berkunjung anda boleh pergi ke daerah YAN , Kedah dan pergi ke SEDAKA , dan di sedaka ada satu simpang empat menghala ke kawasan pantai , jalan masuk ke jambatan tidak berturap dan tidak ada sebarang papan tanda untuk ke jambatan.For further info and pic please visit the below url

TRY TO EXPLORE THIS UNIQUE BRIDGE

No comments:

Post a Comment