Thursday, March 26, 2009

Pantai teluk cempedak







Teluk Cempedak terletak lebih kurang 5 km dari bandar kuantan,Pahang.Bagi aku pantai ni memang cantik dan sesuai sebagai tempat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan ke Terengganu dan Pantai Timur.Kebersihan kawasan sekitar pun terjaga dan kemudahan makanan sama ada fast food atau makanan melayu pun banyak.Satu makanan specialty yang aku suka makan apabila melawat ke daerah kuantan ialah SATA . Aku tak pasti dari mana asalnya makanan SATA tapi ianya banyak terdapat di sepanjang perjalanan daripada kuantan ke terengganu.SATA di perbuat daripada isi ikan yang dicampur dengan santan dan sedikit cili, semua bahan-bahan ini di gaul dan dibalut dengan daun pisang serta di panggang diatas bara api.Rasanya agak berlemak sedikit dah pedas dan sesuai kalau hendak dimakan seperti snek.Harganya pun tak berapa mahal iaitu diantara RM0.40 ke RM 0.60 bergantung kepada saiz dan tempat.

No comments:

Post a Comment