Monday, March 23, 2009

Sweeden-belgium-spain DAY 1











Aku buat perjalanan ni pada 10 september 2005.Walaupun dah dekat 4 tahun sudah berlalu , aku akan cuba ingat sebaik mungkin tentang trip ni.in future will try to document every step of the trip so that i could share the detail of my trip

Masa mula-mula plan trip ni risau gak , sebab masa tu budget tak besar sangat , bawak duit cukup-cukup je utk cover basic makan and transport.Tetapi semangat punya pasal beranikan diri and gamble untuk my first trip to europe.Hotel booking semuanya buat kat Malaysia dulu through internet , biasanya aku guna OCTOPUS atau WOTIF utk hotel booking sebab dia very reliable.Untuk travel dalam europe aku booking flight RYANAIR, RYANAIR ni mmg popular kat europe dan boleh dikatakan pelopor dalam LOW COST CARRIER.Aku book tiket daripada Skavsta, sweeden ke Charleroi,Brussel, Charleroi ke Girona,Spain.Girona ke Skavsta,sweeden.

Tambang Ryanair aku tak ingat tapi seingat aku memang murah.

Perjalanan dari KL memakan masa selama 13 jam.Sepanjang perjalanan aku melalui afganistan dan aku dapat lihat sejauh mata memandang kawasan gurun.Kekadang aku pelik mcm mana manusia boleh duduk ditengah-tengah padang pasir sebab di tengah gurun afganistan aku boleh nampak kawasan perkampungan.

Sampai di ARLANDA airport SWEEDEN sudah hampir senja, masa tu cuaca dalam 7'C , boleh tahan sejuk gak.Sebenarnya flight yang aku naik ialah penerbangan ke NEW YORK , masa kat sweeden cuma beberapa orang sahaja (kurang dari 20) yang turun , selebihnya meneruskan perjalanan ke NEW york. Daripada airport aku menerusan perjalanan selama 45minit untuk ke stockholm menaiki keretapi ARLANDA ekspress.Masa kat airport gelabah gak nak cari transport tetapi satu benda yang aku respect psal sweedish ialah orangnya semua polite dan berbahasa.Setelah 45 minit aku tiba di CITY TERMINALEN STATION STOCKHOLM.Setelah puas bertanya dan mencari aku seterusnya meneruskan perjalan menaiki tren untuk ke SOLLENTUNA iaitu lokasi hotel SCANDIC STAR SOLLENTUNA. Hotel dia mmg cantik dan terletak betul di sebelah tren station.Setelah berkemas , aku pun tanpa membuang masa memulakan perjalanan ke bersiar-siar ke bandar stockholm , masa tu keadaan dah gelap dan mak datok!! sejuk btul pada waktu malam.Di sebabkan jetlag aku tak berdaya utk bersiar2 dan terus pulang ke hotel untuk tidor.




2 comments:

  1. Seronok! Ada plan nak repeat Europe lagik x...?

    ReplyDelete
  2. Salam welcome to my blog , mmg nak pegi lagi tapi tunggu baby besar skit

    ReplyDelete