Tuesday, March 24, 2009

sweeden-belgium-spain Day 2





























Hari kedua aku bangun awal sebab excited nak memulakan perjalanan ke bandar stockholm.Aku breakfast kat dalam hotel dan aku "pau" beberapa biji telur telur rebus dan beberapa keping roti untuk mengalas perut semasa perjalanan , maklumlah cash reserve mmg sikit dan barang kat sweeden mahal.Hidangan breakfast kebanyakannya roti kering tradisional sweeden,aku tak ingat nama dia tapi kat ikea ada jual (roti kering leper n berlubang kat tengah).

kat luar temperature dlm 4'C tapi dalam keadaan sejuk macam tu pun ada gak minah saleh yang pakai mini skirt sedangkan aku dah berbungkus.Selepas aku keluar dari hotel aku pun saja pusing kat area hotel , aku cukup kagum ngan orang sweedish sebab diaorg terlalu pikirkan pasal environment , segalanya bersih dan segalanya hijau.Tengah2 berjalan tetiba ternampak pokok epal, aku punya le kagum n excited macam rusa masuk kampung , siap berposing and cuba nak amik buah epal atas pokok sampai orang tempatan pun pandang semacam.
Dengan berbekalkan map aku pun bergerak ke destinasi pertama aku iaitu GAMLA STAN, aku naik train menuju ke stesen kat tepi terusan tapi aku tersilap berhenti satu stesen awal .Terpaksa ler berjalan agak jauh gak , tetapi disebabkan pemandangan yang cantik aku tak kisah sebab tak terasa.Aku berjalan ditepi terusan bersebelan dengan landasan keretapi , di hadapan aku ada permandangan bandar lama GAMLA STAN dan di belakang aku ada STADSHUSET dan HOTEL KAPAL RIDDARHOLMEN. Nampak dekat je GAMLA STAN tapi jalan tepi landasan kena sekat dah terpaksa pusing2 baru jumpa.Sebenarnya GAMLA STAN ialah bandar lama daripada kurun ke 13 lagi , tetapi tetap utuh terpelihara.Cuba bayang kalau kota melaka masih utuh sampai sekarang.
Setelah berjalan kat GAMLA STAN aku pun terus berjalan untuk menaiki boat cruise kat tengah-tengah bandar stockholm.Tetiba tengah2 berjaln terjumpalah seorang student malaysia kat sini yang tengah buat medical research kat sweeden,Sebelum naik cruise aku singgah makan jagung dulu kat sweeden , punyalah mahal sampai RM10 setongkol.Aku ada attach gambar kat atas tentang stall jagung , kalau korang perasan kat belakang tu ada public toilet , nak masuk kena charge RM 5 ringgit tapi kalau masuk rasa macam nak tido jer kat toilet tu sebab terlalu bersih dan hampir mirip toilet kat ikea one utama , tapi toilet ikea busuk, he he.
Aku naik river cruise dan di bawa mengelilingi bandar stockholm , sekali lagi aku kagum dengan 'town planning ' dan kebersihan bandar stockholm.Kat stockholm takde bandar2 pencakar langit , cuma ada bangunan rendah-rendah saja , kekadang terpikir gak apa guna malaysia ada KLCC and etc kalau mentaliti masyarakat masih lagi third class.Bit yang aku naiki melalui kawasan perumahan dan rumahnya semuanya cantik dengan lanskap yang cantik , kebersihan sungai kat sana memang cantik dan airnya jernih kalau kat malaysia sungai2 mcm ni cuma leh dapat kat kawasan hutan simpan saja . selapas naik bot aku menerus kan perjalan ke kawasan istana dan seterusnya ke kawasan shopping .tapi nak beli memang tak mampu sebab barang terlalu mahal.Di GAMLA STAN aku terjumpa satu kedai makanan halal tetapi tak mampu nak makan sebab lunch saja dah mencecah RM100.Berbekalkan telur rebus dan roti yang aku 'pau' kat hotel pagi tadi, aku pun lunch .
hari pun dah lewat petang , kaki pun dah lenguh sebab berjalan jauh , aku pun menaiki keretapi untuk pulang ke hotel.Setelah tido d hotel aku pergi ke pasar yang berdekatan hotel dan aku terkejut sebab ada jual buah rambutan dan manggis yang layu.kalau tak silap aku harga rambutan layu kat sana RM60 sekilo!!!.kalau aku tahu awal leh aku bawak rambutan satu beg jual kat sini,mesti dah cover budget aku.Untuk makan malam aku cuma makan roti dengan telur saja.Aku terpaksa tido awal sebab esok aku kena meneruskan perjalan ke belgium.

No comments:

Post a Comment