Tuesday, March 24, 2009

sweeden-belgium-spain day 3



















hari ketiga aku di sweeden- aku bangun awal hari ni sebab nak habiskan masa panjang sikit sebelum bergerak ek airport.Kebetulan ada orang jual buah-buahan berdekatan hotel , aku beli sedikit blueberry , rasberry dan strawberry.Aku cuba rasa strawberry ,sedap , tapi rasberry punya ler masam sampai tek leh makan.Aku cuma lepak kat shopping complex saja hari ini sebelum bertolak ke SKAVSTA airport.


Aku naik tren untuk pergi ke CITY TERMINALEN(mcm kl sentral).Dan dari sana aku bertanya dengan orang tentang cara2 hendak pergi ke SKAVSTA airport.Salah sorang mat saleh yang aku tanya suruh aku naik ke tingkat atas sebab ada bus (FLYGBUS) yang boleh membawa aku ke SKAVSTA airport.Rupa-rupanya SKAVSTA airport terletak agak jauh gak dari STOCKHOLM iaitu lebih kurang satu jam perjalanan dari sini.FLYGBUS beroperasi agak efisyen iaitu jadual perjalanan bas mengikut jadual penerbangan RYANAIR. Aku pun naik bas melalui highway ke SKAVSTA.Sepanjang perjalanan aku nampak pemandangan ladang kuda , ladang gandum(kalau tak silap) dan banyak gak kedai ikea kat sini maklumlah sebab ikea memang asalnya dari sweeden.


Selepas satu jam aku pun tiba di skavsta airport , saiz airport agak kecil sahaja dan aku cuma nampak penerbangan ryanair sahaja dalam skrin.mungkin airport ni khas untuk ryanair.aku advise sesiapa yang hendak travel didalam europe supaya book guna http://www.ryanair.com/ sebab tambang dia mmg murah.Sebenarnya europe ada bnyk low cost carrier tapi ryanair is the best and the most cheapest.Masa tengah tunggu flight aku pelik sebab takde immigration counter , aku pun tak sedap hati sebab passport aku tak bercop lagi , takut nanti ada masalah bila sampai belgium nanti.Selepas bertanya baru aku tahu yang intra-europe travel especially didalam europen union tak perlu passport , cuma masuk saja.Akhirnya penerbangan aku tiba dan terpaksa berjalan untuk ke kapal terbang 737-800.Aku terbang melepasi denmark dan belanda dan dari udara aku nampak banyak kincir angin dikawasan pertanian di belanda.Aku tiba di CHARLEROI , BELGIUM pada waktu senja.Suasana kat belgium lain sikit daripada sweeden sebab tak ramai orang yang pandai berbahasa inggeris.majority bercakap didalam bahasa perancis atau flemish.Setelah bertanya , aku pergi menaiki bas untuk ke hotel IBIS.Nasib baik kedudukan hotel berdekatan dengan stesen bas , kalau tak pening gak nak mencari.Sampai di hotel tak de orang yang pandai berbahasa inggeris , so mcm ayam dan itik tapi akhirnya dapat gak kunci bilik.Suasana bandar CHARLEROI ni serabut sikit dan tak terurus .Charleroi adalah sebuah bandar perindustrian.Aku cuma berjalan-jalan kat area hotel sahaja pada waktu malam , rupa-rupanya kawasan belakang hotel aku ni RED LIGHT DISTRICT gak sebab ada beberapa stripper club kat sini.Setelah beli roti untuk dinner aku pun balik ke hotel untuk tido sebab esok hendak memulakan perjalanan ke bandar brussels.Bandar BRUSSELS terletak lebih kurang 45 minit perjalanan dari keretapi.

2 comments:

  1. Tidak banyak "Travel blogs" dalam blogsphere Malaysia. Thaniah! Teruskan!

    ReplyDelete