Thursday, March 26, 2009

sweeden-belgium-spain day 5 & 6





Hari ini aku akan bertolak ke GIRONA , Sepanyol . kalau tak silap aku penerbangan aku kesana pada pukul 5 ataupun 6 so aku habiskan masa aku berjalan-jalan di bandar Charleroi , Belgium .Tak de apa-apa sangat di bandar charleroi ni , cuma aku lihat ada banyak di jual buah-buahan kering di sini . Rasanya agak sedap dan tak berapa manis , tak seperti di sweeden harga barang di belgium adalah agak murah . Aku bertolak menaiki kapal terbang ke GIRONA.Cuaca di GIRONA agak panas dah suasana disini agak berbeza berbanding dengan dua negara yang aku lawati sebelum ini.Suasananya lebih kering ada "mediterranean feel towards it". Sampai sahaja di airport aku dapat rasakan yang sepanyol mungkin negara pengeluar minyak zaiton kerana terdapat berbagai produk zaitun di jual di mana-mana, daripada minyak hinggalah ke krim.Nasib baik hotel yang aku tempah terletak berdekatan airport.Aku menginap di hotel VILOBI PARK hotel dan sekali lagi timbul masalah bahasa , dan kali ini rasanya lebih teruk berbanding di belgium , sebab penjaga hotel langsung tidak memahami bahasa inggeris, bila tanya asyik "POR FAVOR" sahaja. Akhirnya setelah puas isyarat tangan aku pun diberikan kunci.

Sebenarnya GIRONA terletak lebih kurang 40km daripada barcelona dan sebahagian daripada daerah CATALUNYA .Setelah selesai berehat di hotel aku menaiki bas menuju ke bandar GIRONA. Terdapat satu kawasan penempatan lama yahudi di Girona yang berusia hampi 800 tahun yang dibina di sepanjang sungai ONYAR.Rumah di kawasan ini dibina dekat-dekat dan suasana bila berada disini rasanya mirip kepada berada di zaman robin hood . Agak sayang kerana aku tidak beberapa mengingati tempat2 yang aku lawati ketika berada di sini. tetapi insyalllah di masa depan aku akan cuba catitkan segala informasi tentang tempat-tempat yang aku lawati untuk di kongsi bersama.Pada hari keenam aku bertolak balik ke sweeden untuk bertolak ke Malaysia.Di dalam perjalanan menuju ke sweeden daripada spain , aku melalui GUNUNG MONt BLANC , perancis.

No comments:

Post a Comment