Tuesday, April 07, 2009

Great Wall ,China - 1






Aku memang teringin untuk berkunjung ke Tembok besar China .Baru-baru ini aku berkesempatan untuk berkunjung ke Beijing untuk melihat sendiri salah satu keajaiban dunia.Sebenarnya ada banyak lokasi untuk melihat tembok besar di china dan salah satu lokasi ialah di Badaling yang terletak di daerah Yangqing iaitu 70 kilometer dari beijing.Perjalanan untuk ke badaling mengambil masa lebih kurang 1 jam menaiki van . Disepanjang perjalanan anda akan melalui kawasan ladang epal dan kawasan berbukit.Permandangan sepanjang jalan agak cantik dan di tambah pulak dengan keadaan sejuk musim luruh di china.

Bila dah tiba di tembok besar china , aku kagum dengan saiz tembok besar sendiri , boleh di katakan sejauh mata memandang.Aku dan isteriku mula memanjat tembok besar , oleh kerana tangganya agak cerun , isteriku membuat keputusan untuk tunggu sahaja di bawah manakala aku meneruskan perjalanan memanjat tangga tembok besar .Di sepanjang perjalanan menaiki tembok , ada banyak gerai-gerai kecil menjual souvenir tetapi aku nasihat supaya jangan beli sebab harganya agak mahal berbanding dengan di tengah bandar beijing.Suasana disana agak sukar aku gambarkan dengan perkataan sebab ianya memang menakjubkan.Tumbuh-tumbuhan di sekitar tembok besar semuanya bewarna perang di sebabkan oleh musim luruh , so nampak macam kawasan gurun yang berbukit.Tembok ini di bina semasa pemerintahan maharaja MING pada kurun ke 13 untuk mengelak daripada serangan orang mongol.kalau tak silap aku bayaran masuk ke tembok besar china ialah lebih kurang RM 30 puluh dan di buka dari pukul 7 pagi hingga 7 malam.

6 comments:

  1. wife tunggu kat bawah sorang2 ke? berani eh dia.. btw, agak funny pula dengar nama 'badaling' tu sebab kalau kat Melaysia.. 'badaling' tu 'petaling' kan..?

    ReplyDelete
  2. ok jer dia , tak pernah lak pikir badaling tu mcm tu

    ReplyDelete
  3. I took the cable car up and down as it was too crowded to walk up the steep steps, although I regreted abit. I always wanted to climb the great wall. Perhaps summer time is the peak season, that is why it was so crowded. May be I should make a come back during winter, but I doubt my capabilities now. Anyway, never try, never know.

    ReplyDelete
  4. my father went to great wall during winter and it was very cold and dry and it was very slippery.The best time to go is at the end of autumn or early spring

    ReplyDelete
  5. rindu nak pergi sini lg.. :) btw sy wa n also a travelholic..dah follow n ltak blog ni dlm bloglist :)

    ReplyDelete
  6. wa - welcome and thank you . beijing mmg best . teringin nak pi masa winter plak

    ReplyDelete