Thursday, August 27, 2009

Makna RM 12

Tersentuh hati aku bila melihat seorang peniaga nasik lemak berdekatan dengan ofis aku.Aku agak umur peniaga itu dalam lingkungan awal 60 an .Apa yang membuat hati aku tersentuh ialah pada setiap hari dia akan membawa lebih kurang 20-30 bungkus nasi lemak untuk di jual pada harga 60 sen sebungkus.Katakanlah harga kos sebungkus nasi lemak ialah sebanyak 20 sen.Maknanya keuntungan maksimum dia dalam sehari ialah sebnyak RM12. Itu pun kalau semua nasik lemak dia terjual.


For some of us RM 12 is nothing but to this man RM 12 is the determining factor on wheter he will live his life in hunger for the next day.It's truly a humbling experience especially in this holy month of Ramadhan.

10 comments:

  1. well bro, tu la sebabnya org yg expert business pernah bg tahu aku, when come to money things kita mesti hati-hati menggunakannya sebab kita kene respect duit tersebut bukan simply spent.

    As u told me last time make it work for us,
    not we work for money

    Cerita awak tu mengigatkan saya zaman sekolah rendah, disebabkan keluarga saya kesempiyan hidup maka saya menjual kacang goreng dan kerepek ubi dibungkus awal pagi. Ibu saya akan tidor lewat utk mengoreng semua kerepek dan kacang, dan awal pagi pula sebelum solat subuh saya akan membungkus semuanya dalam peket2 plastic kecil untuk dijual ketika sekolah petang.

    Hinggalah satu masa saya dilarang menjual makanan ringan sebab dikhuatiri menganggu perniagaan kantin sekolah....huhuh sedih kalu diingat

    ReplyDelete
  2. min-for your info aku pun pernah hidup susah gak dulu , so aku tahu value duit.aku pernah jual goreng pisang keliling kampung masa sekolah rendah.I'm glad everything work out well for you

    pijaberry - isk! isk! isk!

    ReplyDelete
  3. xplorer : tu sebab Allah dah bg tahu, setiap kesusahan itu ada hikmah dan pengajaran utk umat dia menjadi lebih berjaya kelak, kesusahan dan kepayahan itu adalah ujian dari-Nya utk melihat sejauh mana umatnya mengingati-Nya

    ReplyDelete
  4. Bila saya baca tajuk artikel xplorer...saya ingat xplorer derma RM12 untuk agensi MAKNA - Majlis Kanser Nasional.

    Yep, loads of people are still struggling to make ends meet. Seeing their hardship really make us to value our lives.

    Cheers!
    mylo

    ReplyDelete
  5. xplorer: Ini adalah kali pertama saya komen. Sebelum ini hanya sebagai silent reader saja. Ur entry agak simple tetapi ia membawa impak yang sangat besar kepada ramai orang. Insan seperti saya ini, pernah juga hidup dengan susah. Mungkin dalam pandangan mata orang lain, saya masih hidup dalam kesusahan. Tetapi, BUKAN untuk diri saya. Kesenangan agak berbeza dengan setiap manusia. Saya bersyukur sebab saya tiada kenderaan. Kenapa? Sebab ia adalah hutang, perlu komitment saya tinggi, tiada setiap bulan gaji saya hanya digunakan untuk bayar ansuran kenderaan saja. Tetapi, mungkin orang lain akan cakap saya ini bodoh. Saya tahu siapa diri saya berbanding dengan orang lain yang mengenali saya.

    Dulu, saya pernah jual barangan hiasan (jenis tengok katalog dan pilih seperti AVON) di sekolah rendah. Cikgu panggil saya keluar depan bilik darjah dan cakap depan semua orang yang saya ini macam perempuan, jual barang hiasan. Saya hanya mampu menjawab, keluarga saya miskin, saya nak cari duit untuk buat spek mata. Sejak daripada itu, ramai kawan sekelas yang bantu saya dari segi kewangan. Saya bersyukur dan sentiasa berusaha untuk membalas kepada masyarakat.

    Cheer up bro...and Have a nice day.

    ReplyDelete
  6. Macam saya..jarang suka beli kat bazaar Rahamdhan.Pasal yg penjual semua nya outlet dari kedai makan yg berjanama.So lebih baik kita cari MakCik.Pakchik dan budak yg jual kueh kecil-kecilan di tepi jalan..kita membeli sambil bersedekah kepada mereka...
    Salam Ramadhan Al-Mubarak buat Saudara & Family.

    ReplyDelete
  7. min n shloke- betul tu
    singasong - selamat dtg ke blog saya.setiap org ada matlamat sendiri dlm hidup dan itu membuat setiap org berbeza.yang penting bila belanja kena ikut kemampuan dan bukannya sebab nak menunjuk.sebab kita kenal diri dan kemampuan sendiri
    uncle-btul tu , membeli sambil bersedekah.selamat berpuase 2 u 2

    ReplyDelete
  8. Salam

    Teringatkan Pakcik Nan dgn raga sayuran kampungnya (petai 1 ikat 8 keping RM 2 dan kalau beli 3 ikat cuma RM 5) yg menaiki bas sejauh 20 km dari Ckt Jering ke Kamunting utk menjaja dari rumah ke rumah.

    lukmanw
    http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. lukman - aku ada baca gak psal tu dlm blog ko.btul tu bagi kita duit RM5 mungkin kecik tapi bagi diaorg dah cukup besar

    ReplyDelete