Monday, December 28, 2009

Gerai Mesra Ria Yong Tau Foo,Melaka









Ini kali pertama aku mencuba Yong Tau Foo versi melaka. Kalau di sebelah KL dan utara secara amnya Yong Tau Foo akan dimakan bersama sos rojak . Tapi kalau di melaka cara memakan yong tau foo agak berbeza sedikit . Yong Tau Foo disini dimakan dengan mee , bihun atau kuew tiay berserta sup dan bahan2 biasa yong tau foo seperti fishball , sotong , kangkung dan bahan2 seafood yang lain.
Cara penyediaannya lebih mirip kepada cara menyediakan bihun sup cuma yang berbeza ialah seafood dan fishball menjadi isi utama hidangan . Dari segi rasa , aku lebih menggemari Yong Tau Foo versi melaka sebab aku tak tahan bau tengik kuah rojak.Sebenarnya tempat ini dicadangkan oleh pakcik aku yang tinggal di melaka . Lokasi sebenar aku pun tak berapa jelas sebab aku dibawa oleh pakcik aku mengikuti jalan short cut yang berbelit ditambah pula dengan keadaan jalan yang tidak berlampu . Tapi kalau tak silap lokasinya ialah di Medan Selera Puteri , Pantai Puteri , Tanjung Kling Melaka . Medan selera ini terletak di tepi jalan dan tak jauh dari pantai.

Mengikut cakap orang tempatan , Yong Tau Foo disini memang popular dan daripada jumlah pengunjung yang agak ramai , mungkin ada kebenarannya kenyataan itu.

ps:- for those of you out there who recognised this place , appreciate if you could share the exact location of this place with me

10 comments:

  1. Nampak enak ditambah dengan hirisan bawang goreng ! Saya tak pernah cuba Yong Tau Foo dengan mee. Orang Cina biasanya makan Yong Tau Foo dengan sup jernih bersama nasi putih atau tanpa nasi.

    ReplyDelete
  2. kat penang ni pun sama,Youn Tau foo depa buh mee atau bihun.Hantam sajalah.tapi aku suka yang ada kuah rojak tu.lagi best!

    ReplyDelete
  3. mylo-firsttime i ever heard eating yong tau foo n rice

    axim-aku asal dari penang , tak penah aku jumpa yong tau foo campur mee

    mas-mmg meriah

    ReplyDelete
  4. out of topic arr...:) I dah visit ur blog awal-awal lagi bila dapat offer ke sana...very good info..Tak ramai yang menulis jurnal pengalaman perjalanan mereka..Teruskan lagi menulis jurnal travelling seperti ini termasuklah saya sendiri...:)

    ReplyDelete
  5. welcome alejandra - sebenarnya info tu sikit saja , banyak yg saya dah lupa sebenarnya.bila nak gi sana

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan xplorer. Just found out about this blog of urs. Very interesting. I've followed you. Anyway, truely, this is a stall at Medan Selera in Pantai Puteri. It's at Tg Keling. If from Malacca, take the road towards Port Dickson and Sg. Udang. Before u reach Sg Udang area, exactly after you passed by Klebang area, you will see signboards to Tg Keling/Pantai Puteri a.k.a Pantai Kundur. Turn left into the junction until u reach a T junction. Turn right and drive along the road and you will find a stretch of beautiful beach. Drive slowly and the the Medan selera will be on your right. Welcome to Malacca.

    ReplyDelete
  7. aziela - thank you finally a direction to this place . For your info recently i went to malacca trying to go to this place again , i end up getting lost .welcome to my blog and tq for the infp

    ReplyDelete
  8. Actually, this is the original way of preparing Yong Tau Fu. This stall, is probably one of the best Halal yong tau fu around. The owner learnt it from a Chinese guy. Malacca is the place where Malay and Chinese culture cross path.

    ReplyDelete
  9. Yup that could possibly be true

    ReplyDelete