Thursday, November 04, 2010

Plantation Resort , Sungkai hotspring

See my previous review on the HOT SPRING here.

Ulasan ni khusus untuk hotel je , kalau pasal air panas sila klik link diatas.Ni kali pertama aku bermalam kat sini. Mula-mula masa nak pi sana rasa macam takdak apa-apa2 je tempat ni . Yelah hotel ni memamg terletak di tengah-tengah hutan lebih kurang 10 km daripada main road . Kedai makan cuma satu saja kat depan pintu masuk hotel , selain tu cuma cafe hotel je yang bukak . So kalau datang sini memang kena standby snack , malam-malam boleh lepak kat luar hotel di temani bunyi unggas-unggas malam.

Kalau weekend rate dia RM 250 semalam , kalau weekdays rasanya murah sikit . Memang berbaloi bayar RM 250 semalam sebab bilik dia besar dan cantik . Lagipun hotel ni tak macam hotel-hotel yang lain yang aku biasa duduk sebab terasa macam duduk dalam kampung sebab bila waktu malam cuma ada bunyi unggas-unggas saja.Bagi aku tempat ni sesuai untuk merehatkan minda sebab tempat ni sunyi dan jauh dari hiruk pikuk kota.
Pengunjung Hotel secara automatik dapat tiket masuk ke hotspring secara percuma .Disamping bilik hotel terdapat juga villa mewah untuk disewa pada kadar RM500++ . Aku diberitahu setiap villa disediakan dengan jakuzzi air panas sendiri. Lain kali kalau ada rezeki lebih teringin nak bawak family untuk menginap di villa pulak .
Tempat ni memang best dan aku rekomen tempat ni untuk semua.

cafe hotel

hot spring

pintu masuk hotel

hotel balkoni

view from my room
my room






1 comment:

  1. Penah pegi mandi kat sana tapi tak penah stay sana. Thanks buat review. Nampak ok biliknya dgn rate RM250 tu :)

    Next time bleh stay sana plak

    ReplyDelete