Sunday, November 21, 2010

Santai sejenak di Pantai Remis Kuala Selangor

Malas pulak nak mula kerja esok setelah 9 hari bercuti . Rasa macam tak sabar hendak bersara dan terus berjalan-jalan tanpa henti walaupun umur aku baru sahaja mencecah 32 tahun . Semalam seharian tak keluar rumah , hari pulak dari pagi sampai petang tak keluar rumah . Bila dah pukul 5 petang tak keluar rumah , aku dah mula gelisah sebab hari minggu tak jalan-jalan.
Tiba-tiba pulak teringin makan siput bakar , tanpa membuang masa aku terus keluar menghala ke pantai remis . Jarak dari sungai buloh kalau ikut jalan short cut puncak alam cuma mengambil masa 35 minit . Tak sangka pulak sesak kawasan pantai remis sampai nak cari parking pun susah . Biasa kalau waktu macam ni kalau bukan cuti sekolah memang lengang je kawasan ni.
Kawasan pantai remis ni kalau nak ikut tak de ler cantik sangat tapi kalau nak santai ringan2 memang ok ler . Kalau nak cari siput metarang dan kepah kawasan ni memang cukup famous . Siput metarang ni memang susah nak cari di KL cuma di pantai remis dan tanjung karang saja siput ni ada , tempat lain memang susah nak cari . Yang best pasal siput ini ialah ianya manis dan sedap dibakar begitu saja tanpa letak apa-apa perasa , isinya lembut dan manis.

siput duri
fresh oyster



kepah bakar
kepah bakar

metarang bakar

4 comments:

  1. Belum berkesempatan try metarang. Sesedap kerang kah?

    ReplyDelete
  2. wah.wah..baru umur 32 tahun dah pikir nak bersara...jauh lagi perjalanan tu..hehehe.

    mcm best jer tempat ni. Tapi jauhlah nak ke sana. :)

    ReplyDelete
  3. hairil - better than kerang . metarang isi dia manis tak macam kerang

    leez-tak sabar nak pencen . tapi bila pencen dah nak kena pikir soal mati plak , he he . kena cuba peri sekali sebab menarik

    achik - awak duduk area tu ke ? apa tempat2 menarik yg awak boleh suggest kat area2 tu

    ReplyDelete