Tuesday, December 28, 2010

Daging Landak

Setelah mencari selama hampir 5 tahun akhirnya jumpa jugak kedai yang jual masakan daging landak . Macam-macam cara aku cari , sampai tahap aku call penternak landak -BAHTERA TERNAK untuk bekalan daging landak . Tapi masalahnya BAHTERA TERNAK tak jual daging , sebab dia kata dia kena lepas kouta dulu , bila dah membiak melebihi kouta baru di benarkan jual. Akhirnya jumpa jugak aku kedai yang jual masakan daging landak .Cuma sekarang ni nak mencari masa yang sesuai sahaja untuk pergi . Insyaallah kalau tak ada apa-apa hal mungkin dlm sebulan dua ni dah boleh pergi sebab jadual aktiviti aku dah penuh .Kat bawah ni ada alamat kedai tu siap dengan GPS coordinate lagi , hu hu

.


Restoran Selera Rimba

Hamka bin Jaafar

Kampung Belia 2 , Jalan Sg Panjang,

45300 , Sg Besar Selangor.

tel :016 - 316 0344

operating hours : 11 am to 5.30pm

coordinates :3 42'32"N 101 10'33"E


sila klik DISINI untuk baca review restoran ini

14 comments:

  1. uikkk...first time dgr org makan daging landak...sedap ke?
    jgn lupa wat review kat sini.

    ReplyDelete
  2. kalau mengikut org2 yg biasa makan daging landak , daging landak mmg lembut dan terbaik.nanti saya buat review

    ReplyDelete
  3. wahhhhh memang menarik!!!

    aku tunggu review ya..:)

    ReplyDelete
  4. xplorer - ada lagi satu kedai yg jual makanan eksotik di seremban, nama kedai saya x berapa ingat (nanti saya bg tau lepas cek) tp yg pasti dekat belakang sedikit dr Hotel The Royale Bintang Seremban, antara makanan eksotik adalah landak

    ReplyDelete
  5. darth-any news on the shop name n location?

    ReplyDelete
  6. nama kedai tu Restoran Nelayan, sebelah sekolah kebangsaan Rahang,

    tp ari tu pi takde daging landak, maybe bukan musin dia kot

    ReplyDelete
  7. kedai tu aku dah tau dah tapi memanjang aku call takde stock . aku dah makan dah daging landak kat sabak bernam

    ReplyDelete
  8. anyway ni dah dekat kawasan kampung den ni, sungai besar, tp den parit satu depan kawasan sawah padi

    ReplyDelete
  9. Salam,
    Saya tertarik dengan perbincangan daging exotik ni. Saudara xplorer dan Darth Vadder, terima kasih atas info yang terdapat di sini. Saya juga sudah lama mencari daging landak tapi sehingga kini belum ketemu. Through my research, ada yang kata the best meats adalah di antara landak dan tupai serta kancil.
    Saudara berdua ada lain-lain suggestions ke?

    ReplyDelete
  10. big eater - bagi saya landak still the best . saya dah pegi restoran SELERA RIMBA cuba pergi ke link dibawah

    http://jelajah-xplorer.blogspot.com/2011/01/daging-landak-restoran-seri-rimba.html

    ReplyDelete
  11. kawan saya baru dapat lesen bela landak. konon nk buat komersial tp susah nk dpt baka. baru ada 10 ekor. nk sgt try masakan kt selere rimba. one day aku akan sampai sana. tq atas info2 diberi.

    ReplyDelete
  12. salam,ada x daging arnab?rasa teringin nk mkn daging arnab.

    ReplyDelete
  13. daging arnab tak dak . kalau nak pegi batang berjuntai ada ladang arnarb. check out my entry psal daging arnavb

    ReplyDelete