Wednesday, January 12, 2011

Daging Landak - restoran SELERA RIMBA

Siapa sangka di tengah-tengah ladang kelapa sawit boleh ada kedai makan yang jual makanan eksotik . Kalau tanpa bantuan GPS memang takkan jumpa kedai ni kat tengah-tengah ladang. Bukannya apa sebab hampir 20 km perjalanan masuk dari jalan utama , tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan akan jumpa restoran . Yelah makin lama masuk ke kawasan ladang , rumah dan kawasan kedai pun semakin jarang , dalam hati asyik terpikir mustahil ada kedai makan di tengah-tengah kawasan sunyi macam ni . Dah lah papan tanda pun takda , tetiba di tengah-tengah ladang kelihatan kawasan penuh kenderaan tengah parking . Kereta yang parking pulak semua jenis hebat-hebat , mamat bikers pun ramai gak yang layan kedai ni.
.
Restoran Seri Rimba menyajikan daging-daging eksotik seperti kijang, rusa , landak , ikan tapah , udang galah xxxL size sebagai sajian . Udang Galah dia memang super size , kat malaysia ni memang susah nak dapat makan udang galah size mcm ni , bila aku cakap xxxL boleh bayangkan size dia macam udang lobster.
.
Ni aku nak ceritakan pasal pengalaman aku makan daging landak . Daging landak ni sebenarnya tekstur dia halus macam daging ayam tapi isi dia liat sikit . Rasanya memang sedap dan unik sikit. Daging landak disini boleh di goreng , dimasak lemak dan dimasak rendang . Kalau di buat macam steak aku rasa lebih sedap. Selain daging landak aku order jugak daging kijang , rasa daging kijang tak banyak beza macam daging rusa . Aku memang recommend restoran ni kat semua orang untuk dicuba , cuma kalau nak makan udang galah size besar kena datang awal sikit sebab permintaan tinggi dan takut habis .
kalau nak alamat dan koordinat restoran ni sila klik kat sini
overall experience = B+




restoran seri rimba


landak masak lemak
daging kijang
landak masak rendang
udang galah
ikan puyu
ikan baung

surat kebenaran dari perhilitan

17 comments:

  1. Salam bro....kalau guna gps nak cari restoran kena taip apa yer baru boleh jumpa restoran selera rimba ni...tq

    ReplyDelete
  2. Mmg takde, cuba klik kat link yg i letak.i ada letak koordinat kat posting i yang lepas

    ReplyDelete
  3. jalan masuk kecil ke, senang selisih ke? nak tahu nak bawa kereta jenis apa kesitu. terima kasih

    ReplyDelete
  4. Jalan ok takde masalah keta nak masuk

    ReplyDelete
  5. Salam, semalam 26 Okt 2011,saya berserta isteri dan 2 anak perempuan saya ke Restoran Selera Rimba,kami tiba lebih kurang jam 12:09 t/hari,terus order makanan RIMBA kononnya...tapi alasan mereka kena call dulu..semuanya dah fully book.Kempunan kami..yg datang dari jauh.. P.Jaya nak merasa...lepas tu kami pun makan jugaklah..Ikan baung goreng 4 ketul kecil,(BUKAN 4 ekor),ayam kampong 2 ketul,air limau nipis 4 glass tak ambil apa-apa ulam pun..harga RM50.00..mak oo..macam makan kat hotel..hotel pun bayar sale tax..kedai buruk tengah hutan ni..bayar ke sale tax..dahlah kecewa nak rasa makanan hutan ..kena sembelih pulak.nasib baik tak kena buat rendang..Lepas tu kami teruslah ke parit 6 Sekinchan dan pergilah ke Restoran Lembah Bernam..orang kampung situ cadangkan...kami sampai jam:2:20ptg..terus test market...makanan hutan...Landak,kijang,pelandok,burung wak-wak...semuanya ada...tak payah nak call..dulu..!! kamipun makanlah...dan sangat berpuas hati,rendangnya sodap masakkannya menyelerakan...yg pastinya dapatlah kami merasa..Syukur Alhamdulillah...harganya pun berpatutan...saya cadangkan marilah ramai-ramai cuba makanan RIMBA yang setiasa ada stock..di restoran Lembah Bernam...Jalan-Jalan Cari Makan TV3..pun dah pernah sampai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Restoren yg kat parit 6 ni adik dia punya. Yg lembah bernam abg dia buat. Sebab tu menu lebih kurang sama.

      Delete
  6. Bro thank you for the tips , nanti aku sampai.ada alamat tak?

    ReplyDelete
  7. salam boleh bagi kordinat gps selera rimba sabak bernam tak hubungi saya mahadzir 0192757394

    ReplyDelete
  8. coordinates :3 42'32"N 101 10'33"E

    ReplyDelete
  9. lepas selera rimba...jemput berkunjung ke restoran de limau pula.....menu hampir serupa...dgn kelebihan persekitaran dan aktv sampingan sambil berrekreasi...makan2 sambil menghirup angin selat melaka dan pemandangan bakau.....lawati dulu facebook kami di ...Restoran dan kolam pancing air masin de limau @ call 012 6599968

    ReplyDelete
  10. tokey restoran ni dgn lembah rimba rsanya adik bradik kan? dua2 bin jaafar..btul ke?

    ReplyDelete
  11. Saya pernah pergi ke restoran Rimba ni , masakan eksotik , harga pun " eksotik mahal ".

    ReplyDelete
  12. Alamat :
    RESTORAN LEMBAH BERNAM
    Jalan Main Canal,
    45400 Sekincan,
    Selangor, Malaysia

    Waktu Operasi :
    Isnin - Khamis:
    11:00 am - 5:00 pm
    Sabtu - Ahad:
    11:00 am - 5:00 pm
    Jumaat :
    cuti

    No Telefon :
    +60192133665

    ReplyDelete