Saturday, January 29, 2011

Udang Masak microwave

Rasa macam tak kena pulak tajuk entry aku kali ni . Selalunya udang masak cili atau udang masak kunyit , tapi udang masak microwave tu macam mana pulak. Cara masak udang macam ni sebenarnya ialah cara yang paling senang dan bagi aku yang paling sedap untuk masak udang . Sebenarnya cara memasak macam ni dapat mengekalkan rasa asli udang tersebut . Kalau kita tanya orang jepun kenapa diaorang suka makan ikan mentah , diaorg akan jawab yang memasak akan menghancurkan rasa asli ikan tersebut .
kalau nak masak udang dengan cara yang begini sila pastikan udang yang dipilih segar . Masukkan kedalam microwave dan guna setting medium high selama 3.5 minit .Pastikan setting jangan terlalu tinggi dan masa jangan terlalu lama kalau tidak udang tersebut akan kering . Kalau ada bekas microwave yang berpenutup lebih baik sebab boleh pastikan kelembapan udang tak hilang . Memang sedap kalau buat macam ni sebab isi udang secara semula jadi memang manis dan tak perlu letak apa-apa perasa.





5 comments:

  1. memang lain macam pulak entri ekaw kali nie... hihihi... nak meratah udang jugalah hari nie :)

    ReplyDelete
  2. masmz - kalau kat ipoh leh gi kuala kangsar makan udang galah

    ReplyDelete
  3. Alamak, takde microwave oven daaa...
    Ada cara lain tak En. Xplorer?

    ReplyDelete
  4. Balik teluk intan je. Beli tepi sungai, balik mak masak! hihi

    Kuala Kangsar makan mee udang jugak ke?? Lagi best dari Kuala Sepetang??

    ReplyDelete
  5. kat mana mee udang tu ? bagi add nanti aku pi

    ReplyDelete