Sunday, February 13, 2011

Memancing haruan & puyu di tali air

Cuaca hari ini memang terik . Kalau ikut plan asal hendak mula pancing awal sedikit dalam pukul 3 petang tadi . Disebabkan cuaca amat terik hari ni aku terpaksa lewatkan sedikit rancangan untuk pancing.Mula-mula terdapat sedikit masalah sebab banyak kedai-kedai pancing kehabisan umpan cacing dan cengkerik , nasib baik last minit jumpa kedai yang jual cengkerik . Itupun tingggal sikit saja cengkerik.
.
Lebih kurang dalam pukul 5.30 petang baru tiba ke destinasi pancing , iaitu sebuah tali air di kawasan jeram, kuala selangor. Air di tali air adalah sangat jernih tapi dah surut sikit disebabkan cuaca panas.Aku dengan ayahku cuma sempat pancing selama 1 jam saja dan kami berjaya menangkap sekor ikan haruan dan ikan puyu . Kat tempat ni banyak ikan puyu tapi umpan tak berapa sesuai . Tapi takpa port ikan puyu dah jumpa , next time aku akan bawa umpan yang sesuai untuk tangkap ikan puyu.Ikan yang aku tangkap petang tadi kesemuanya di lepaskan di dalam kolam ikan kat rumah untuk proses penggemukan sebelum di goreng di dalam jangkamasa 5-6 bulan lagi , he he.
tangkapan pertama oleh ayah



air tu nampak hitam sebenarnya jernih . mungkin sebab reflection




5 comments:

  1. Oh... best nya mancing.. kita husband and wife memang kaki pancing... especially my hubby... uhhh kaki pancing!!

    ReplyDelete
  2. cathj- ye ke? slalu pancing dimana

    ReplyDelete
  3. Haruan dan puyu - spesis klasik parit!

    Dulu dulu suka tangkap masa musim hujan bila air parit melimpah. Ikan bz menyeberang jalan gitu :)

    ReplyDelete
  4. hairil - dah lama aku tak pancing , baru nak start balik. sebenarnya ni first time dlm hidup aku pancing kat tali air , best gak sebenarnya

    ReplyDelete
  5. Mcm jalan batu 4 jeram jer.... Yg nak ke smkj....

    ReplyDelete