Sunday, February 20, 2011

Siput Kemudi

isi siput kemudi


Sebenarnya dah lama aku mencari siput KEMUDI ni . Kali terakhir aku makan siput ini ialah hampir 18 tahun sudah semasa aku masih tinggal di pulau pinang . Dulu pun memang susah nak jumpa siput jenis ni , apatah lagi pada zaman sekarang .Aku tak pasti samaada siput jenis ini hampir pupus ataupun permintaan untuk siput jenis ini kurang lantaran usaha pengumpulan siput jenis ini amat kurang.
.
Entah macam mana hari ini tergerak hati hendak ke pantai remis . Dari jauh aku dah cam sangat siput kemudi dan dalam hati aku melonjak gembira sebab memang dah lama sangat dah mengidam siput ni . Harga seekor RM 2 dan aku rasa harga ini memang berpatutan . Mengikut penjual , dah lama dia tak mendapat bekalan siput jenis ni , dan bekalan siput yang dia ada pun terhad.
.
Saiz siput ini sebenarnya agak besar iaitu lebih kurang 25 cm panjang . Bagi aku cara yang paling sedap untuk masak siput ini ialah dengan membakarnya diatas api . Selain daripada itu , masak lada ataupun jintan pun sedap jugak . Isinya agak manis dan sedikit liat tapi secara keseluruhannya siput ini memang sedap walaupun jika hanya di kukus tanpa letak apa-apa perasa tambahan .


kulit siput agak nipis dan transparent .boleh nampak isi kat dalam

cara nak membuka - buang dahulu rerambut dia

siput perlu dibersihkan dengan berus

kemudian potong otot siput dengan pisau sebelum di buka

isi siput

isi dalaman siput



goreng masak jintan

7 comments:

  1. duduk dekat dgn pantai remis ke? tak jauh la tu dari tepen :)

    baru pes time kenal siput ni, terima kasih sbb introduce..tak sangka ada siput yg besar camni..tgk masakan pun sangat2 selera :D

    ReplyDelete
  2. wow... 1st time tengok siput ni.... tapi banjir juga mulut aku nengok... nampak sedap la pulak..

    ReplyDelete
  3. fatt - yang ni pantai remis kuala selangor
    cathj - mmg sedap

    ReplyDelete
  4. walauwei.. kecoq lioq.. btw, siput nih bukan yg org dok cari time air surut tu ke?? yg main lecak tu..

    ReplyDelete
  5. wah, besar betul, tak tau pulak kewujudan siput ni...

    ReplyDelete
  6. siput mmg besar n susah nak cari di pasaran

    ReplyDelete