Saturday, March 05, 2011

Sup Burung Unta(ostrich) - Mus Tomyam , Sungkai,Perak

nak kenal burung unta senang je - tulang dia berongga





sup daging burung unta











Setelah sekian lama diberitahu tentang Kedai Sup yang menjual Sup Burung Unta, akhirnya aku berkesempatan menjejakkan kaki ke sana. Walaupun perjalanan agak jauh (kira2 2 jam memandu dari Sungai Buloh), itu tidak menjadi halangan untuk orang yang kaki xplorer seperti aku.
Kedai Sup ini terletak di Sungkai, kira-kira 50 meter sebelum simpang ke Bandar Sungkai. Tak begitu susah untuk mencari kedai ini, ianya terletak betul2 di tepi jalan utama (main road) dan nama kedai ini adalah MUS TOMYAM. Ketika tiba, kelihatan begitu ramai orang sedang menjamu selera dan daripada pandangan pertama - semestinya kedai ni famous dan menyediakan hidangan sup yang lazat.
.
Di sini mereka ada menyediakan 2 pilihan hidangan Sup Ostrich sama ada Sup Tulang Ostric ataupaun Sup Daging Ostrich. Jika berminat untuk merasa kelazatan daging Ostrich anda perlu ke sana pada setiap hari Rabu sahaja kerana MUS TOMYAM hanya menawarkan Sup Ostrich pada hari Rabu. Selain Sup Ostrich, MUS TOMYAM juga menawarkan hidangan sup yang lain seperti Sup Ayam, Sup Daging, Sup Udang, Sup Sayur, Sup Tulang dan etc. Semestinya, aku lebih berminat utk memesan Sup Daging Ostrich (RM7) dan Sup Daging Ostrich (RM8) (kebetulan aku ke sana pada hari Rabu).
.
Setelah menanti selama 45 minit, hidangan yang dipesan akhirnya tiba jua. Boleh dikatakan service mereka agak lambat . Rasa sup biasa sahaja , cuma daging ostrich sahaja yang memberikan kelainan.

4 comments:

  1. Makan sup memang sedap lebih-lebih lagi waktu hujan..Di-Kuching sup ekor yg paling orang gemari dan di Sibu lain pulak..sup gear box.

    ReplyDelete
  2. uncle - kalau kat KL ni sup gearbox mmg menjadi pujaan . tapi dah makin mahal sekarang dalam RM25 seketul

    ReplyDelete
  3. wow... penantian selama 45 minit??? aduhhhh....

    I tak pernah rasa menu ni lagi... tak tau suka ke tak..hihihi...

    ReplyDelete
  4. yup memang slow skit servis dia , cuba ler rasa dia lain sikit

    ReplyDelete