Tuesday, May 17, 2011

Hati ikan cencaru

Ramai yang tak tahu yang hati ikan cencaru sebenarnya boleh dimakan dan rasanya pun fuhh!! Tersangatlah sedap seakan hati ikan pari yang lembut dan enak tu.Bagi orang-orang bandar , dah tentu tak tahu akan kewujudan hati ikan cencaru ni.Even mak mentua aku pun tahu.Selalunya balik je dari pasar lepas beli ikan terus dicuci dan dibuang perut sekali dengan hatinya sekali.Bayangkan kalu orang veteran macam mak mentua aku pun tak tahu ,ni kan orang-orang muda macam korang.Tapi XPLORER memang tahu ler benda2 macam ni.
.
Nak kenal hati ikan cencaru senang , biasanya hati ini akan terlekat sekali dengan telur ikan dan bentuknya seakan-akan hati ayam.Tekstur hati ikan juga mirip seperti hati ayam.Bagi yang tak biasa,selalunya hati ini akan di buang sekali dengan perut ikan.Hati ikan ni lembut , jadi semasa hendak mengasingkan hati dan perut kenalah berhati-hati sebab ianya mudah hancur.
.
Cara nak memasaknya pun sangatlah senang.Cuma perlu kisar serai,bawang putih dan halia kemudian dicampurkan bersama hati ikan..oh ya jangan lupa letak kunyit.Kalau nak rasa pedas sikit , boleh letak sekali sedikit cili mesin.Perap seketika dan kemudia bolehlah di goreng dengan api sederhana masak sehingga gasik.Benda ni best kalau digaul dengan nasik panas.Kalau teringin nak rasa hati ikan ni, tuan2 dan puan2 hendaklah proses ikan ni kat rumah ye...kalau suruh penjual ikan yang proses , alamatnya tak merasa ler......selamat mencuba :-)












































- Posted using BlogPress from my iPad

5 comments:

  1. Wah bro xplorer ni rajin ke dapur rupanya.. Memang tak dinafikan sodap hati ikan cencaru tu, tapi ciput sangat kan...

    ReplyDelete
  2. ngeeeeee..... dah hati ikan laksssss..... mana datang idea nak makan hati ikan cencaru nih laks???? memang biasanya kalau siang ikan, habis semua isi perut ikan kena tereban...

    ReplyDelete
  3. Mie-mmg sikit je benda tu, paling best makan ngan nasik panas
    Masmz- ni resepi turun temurun dari tok nenek den kek london nun

    ReplyDelete
  4. ok ni pun tak pernah try jugak..

    ReplyDelete
  5. Mmg terbaek kalau makan dengan nasik

    ReplyDelete