Monday, May 02, 2011

Kolam air panas Ulu Slim ,perak

Apsal ler tempat ni selekeh sangat , itulah ungkapan pertamaku bila menjejakkan kaki buat pertama kali ke Kolam Air Panas Ulu Slim yang terletak di Slim River , Perak . Perjalanan dari KL ke tempat ini memakan masa hampir dua jam menggunakan motosikal tapi hasilnya agak mengecewakan disebabkan tempat ini selekeh dan tidak terjaga.
.
Tempat ini mempunyai banyak potensi tapi bagi aku cara tempat ini dibangunkan menimbulkan seribu satu tanda tanya . Tak jauh dari tempat kolam air panas dibina satu kompleks jualan cenderamata , makanan dan tandas awam . Tapi yang menjadi tanda tanya ialah kenapa di bina suatu kompleks di kawasan yang berasingan dengan kawasan kolam air panas . Tarikan yang sebetulnya ialah kawasan kolam air panas dan bukannya 'KOMPLEKS AIR PANAS yang tiada punca air panas" masuk akal kan . Aku pasti kerajaan sudah mengeluarkan belanja yang mahal untuk membina kompleks ini tapi semuanya sia-sia jika kawasan punca air panas itu sendiri tidak terjaga dan kotor.
.
Satu lagi perkara yang aku nampak tak kena ialah tidak ada tempak yang sesuai untuk pengunjung hendak rendam kaki atau sebagainya . Punca mata air panas adalah terlalu panas untuk pengunjung melakukan aktiviti terapeutik , so sepatutnya di alirkan sedikit dari punca air panas kekawasan kolam yang dibina khas untuk pengunjung. Contoh terbaik bagi aku tentang pengurusan kawasan kolam air panas ialah di Sungai Klah Hot spring. KLIK SINI










6 comments:

  1. Tak berbaloi dua jam perjalanan tuh...

    ReplyDelete
  2. Salam singgah,

    Wah.. saya sendiri pun tak penah singgah.. takat lalu jek kg slim nie sebab jln kampung.. mmg sayanglah kan tak terjaga.. maybe ramai lebih suka p sungai klah..

    ReplyDelete
  3. mie - mmg tak berbaloi

    cathj - mmg teruk

    lina- sebenarnya slim bnyk tempat2 pelancongan yg hidden

    aiesha-mmg teruk btul

    ReplyDelete
  4. salam,dkt cni ade pembetulan sikit.. saye sbagai ank jati kawasan ni, nk bg info sikit, kolam air panas ni memang dah lame nak dimajukan seiring dengan kolam2 air panas yang lain.ttpi ade sikit masalah,seperti tawaran tender kontraktor bertindih dan terpaksa dipanjangkan sehingga beberapa bulan yang lepas untuk pembangunan.. berita yang terbaru diterima,bahawa kolam air panas ini akan dimajukan oleh sebuah syarikat swasta dengan kerjasama PBT untuk menjadikan kolam air panas ini lebih menarik dan maju daripada kolam yang sedia ada..sekian untuk makluman...

    ReplyDelete