Saturday, June 11, 2011

Kuantan - update 2

Letih betul semalam . Dari pagi sampai malam berjalan . Anak2 pun sampai dah mula meragam semalam.lepas breakfast semalam kami terus bergerak ke daerah beserah untuk tengok kampung nelayan tradisional . Aku diberitahu yang kampung ini masih mengamalkan kaedah lama dalam penangkapan ikan dan masih menggunakan kerbau untuk menarik sampan dan hasil ikan untuk ke darat . Pusing punya pusing masih tak jumpa kampung nelayan. Sebelum meneruskan perjalanan kami singgah di pantai batu hitam dan pantai balok.
Selepas berehat kami meneruskan perjalanan ke muzium perlombongan sungai lembing . Kawasan ni mmg menarik sebab keadaan pekan dia seperti zaman dahulu.Dari sungai lembing kami ke gua charas dan kemudian makan malam di kedai ana ikan bakar petai di tanjung lumpur . Perrgghhh sedap betul ikan bakar ni tapi kena datang awal sebab ramai pengunjung. Sekarang ni tengah breakfast sebelum meneruskan perjalanan ke temerloh untuk makan ikan patin dan seterusnya balik .


Sungai lembing - mana ada lagi jambatan kayu style mcm ni

No comments:

Post a Comment