Saturday, August 27, 2011

Ikan lumi

























Buruk benar rupa ikan ni tapi sebenarnya isinya sedap dan lembut.Namanya ikan LUMI dan sebenarnya susah jugak nak mencari ikan jenis ni di pasar . Kalau mengikut tokey ikan, ikan ni jenis ikan dasar laut dalam dan biasanya ikan ini ditangkap sekali ketika menjaring ikan jerung di laut dalam .Setakat mana betulnya cerita dia aku pun tak pasti tapi mungkin betul jugak.Ikan ni sebenarnya murah je , dalam 5 ringgit sekilo.Mungkin sebab rupanya yang buruk sebab tu kurang mendapat perhatian dari pembeli.Biasanya ikan ini digoreng bersama dengan tepung disebabkan teksturnya yang terlalu lembut.Kalau goreng begitu saja dengan kunyit kebarangkalian besar isinya akan hancur . Kalau buat sup atau masak asam pedas pun sedap jugak tapi aku belum pernah cuba lagi.

6 comments:

  1. pes time aku tgk ikan ni..mmg pelik dari segi nama & rupa. mmg mulut dia tenganga cenggitu eh? mcm nak menggigit je gayanya.

    ada lagi sejenis ikan camni yg goreng salut telur..ikan tu kecik je, pjg pastu kaler jernih. tulang dia pun halus kdg2 bleh makan sekali..namanya tak tau sbb tau makan je..hehe :)

    ReplyDelete
  2. Ikan ni memang buruk ke rupanya sampai kena buang suma kulit dia??? naper ternganga je mulutnya?
    Rasa dia cam ikan apa???? Apa nama lain ikan nih??? Sama cam ikan layar ke???

    ReplyDelete
  3. Fatt-mmg mulut dia ori mcm tu . Aku tau ikan yg kalerbputih tu tapi aku pun tak ingat nama dia.
    Masmz-mana ada buang kulit , mmg rupe dia mcm tu.rasa dia unik skit , takde perbandingan.nama lain dia lumek ikan layar tu lain

    ReplyDelete
  4. terbahak2 aku gelak baca pembuka kata you... 'buruk benar rupa ikan ni....' hihihihi.... tapi betul lah.. sungguh aneh.. 1st time nampak..

    ReplyDelete
  5. KALAU TAK SILAP MACAM IKAN LOMEK KAMI PANGGIL IKAN LOMEK

    ReplyDelete
  6. Lumi , lumek , lumik atau lomek , semuanya merujuk ke ikan yang sama

    ReplyDelete