Monday, December 12, 2011

Daun Beremi @ pucuk sepit

Daun Beremi atau nama saintifiknya sesuvium portulaca boleh dikategorikan sebagai antara makanan tradisi yang semakin pupus sekarang ni.Kalau di KL boleh dikatakan memang tak wujud langsung daun ni , kalau tanya orang kampung pun mungkin ada yang tak mengenali daun ini. Daun ini sebenarnya tumbuh meliar menjalar di pesisir pantai dan di katakan mempunyai banyak khasiat khasnya asma dan dapat menghilangkan ketagih merokok.setakat mana kebenarannya tak dapat dipastikan tapi itulah petua orang tua tua.Daun ini boleh dibuat ulam , dimasak ataupun kalau jenis jeruk boleh dibuat secara kerabu untuk dimakan sebagai pembuka selera.Rasanya agak sedap jugak tapi susah nak cakap rasa original dia macam mana sebab sudah di buat jeruk.Produk ini diedarkan oleh persatuan nelayan kuala kedah , selain daripada kuala kedah tak pasti dekat mana lagi boleh dapat produk ini.










No comments:

Post a Comment