Monday, January 23, 2012

Memancing di Angler Resort , Pulau Indah

Tempat ni kalau tak guna gambar satelit google map rasanya memang takkan jumpa punya . Dah ler signboard pun takde , jalan masuk ke resort pun cuma jalan tanah merah sejauh 3 - 4 km dari main road.Nasib baik ada signal broadband sampai ke resort boleh jugak bukak gambar satelit google map untuk panduan ke resort.Resort ni nak kata cantik sangat takde ler pulak , tapi tempat ni memang sesuai untuk memancing kerana betul betul terletak di antara muara sungai klang dan laut lepas selat melaka.Kawasan laut disekitar pulak agak dalam kerana terletak di kawasan jeti dan kawasan lalu lintas kapal laut.Di kawasan resort pulak ada ditampal gambar ikan2 besar yang berjaya di tangkap di sekitar resort . ikan2 yang ditangkap agak besar jugak terutamanya ikan siakap dan yang besar aku tengok ikan pari seberat 42 kilo. Ikan siakap pulak purata dalam 5 kilo dan yang paling besar ialah 15 kilo.Cuma hari ni nasib agak malang sebab masa sampai di resort air sudah surut dan air mula pasang dalam pukul 4 , cuma dapat ikan duri dan gelama saja.
Bayaran masuk resort ialah 5 ringgit satu joran dan kalau nak berkhemah bayarannya rm15.Kawasan khemah memang redup dan ada disediakan kantin , surau dan tempat mandi. Tetiba rasa teringin pulak nak khemah sebab keadaan disini agak tenang , teduh dan tiupan angin yang agak menyegarkan.selain daripada memancing , tempat ni menjadi tumpuan sukan paramotor.lebih kurang 200 meter dari kawasan resort ni terletak pantai acheh , sesuai untuk piknik dan mandi manda tapi sayang tak sempat nak tangkap gambar.







Tapak kaki memerang















Dewan resort dan bilik untuk disewa











Kawasan perkhemahan











Jeti untuk memancing



Pintu masuk resort



- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

  1. Bro, banyak ke dapat ikan...? Orait tak pancing d area tu....

    ReplyDelete
  2. Pancing area ni mmg ok cuma aku pi time air surut , dapat 3 ekor jer , he he.facility semua cukup ,relax jer

    ReplyDelete