The legend behind the forbidden fruit is as per below:
"Menurut cerita orang tua tua roh jelmaan pohon pisang raja udang ini telah menolong seorang Putera Raja yang tercedera dalam medan peperangan . . .
Pada suatu masa silam sering berlaku peperangan untuk merebut kuasa dan meluaskan tanah jajahan. Mengikut ceritanya dalam satu peperangan serorang Putera Raja cedera parah dan berjaya menyelamatkan diri daripada musuhnya.
Putera Raja itu bersembunyi di sebuah hutan dan berteduh di bawah sepohon pisang. Oleh kerana lukanya yang parah Putera Raja itu pun jatuh pengsan.
Apabila Putera Raja itu sedar, baginda dapati lukanya telah dirawat oleh seorang gadis. Putera Raja itu berterima kasih kepadanya kemudian pulang ke istananya.
Putera Raja itu dimaklumkan bahawa gadis itu adalah roh jelmaan pohon pisang raja udang itu. Bila Putera Raja itu kembali ke pohon itu didapati pohon itu berbuahkan pisang berwarna merah kesan daripada darahnya.
Oleh kerana terhutang budi, Putera Raja itu mengisytiharkan kepada rakyatnya bahawa mereka tidak dibenarkan memakan pisang raja udang atau menebang pohonnya !!"


Saya singgah di Air Itam otw to JB tahun lepas. Banyak gerai (bersebelahan gerai pasu) yang turut menjual pisang ini.
ReplyDeleteSelain makan mentah, boleh dimasak ke - goreng/rebus?
Aku rasa goreng pun boleh , rasa dia lemak2 manis
ReplyDeleteAh.. Siapa yg makan tu? Ah ah tak tahu.... Haha... Tak pernah nampak lg pisang ni...
ReplyDeleteteringat drama rtm zaman dulu-dulu
ReplyDeleteCathj- mmg jarang jumpa pisang ni
ReplyDeleteAku tulis-yup drama rtm pernah ada psal pisang ni