Tuesday, February 21, 2012

Belangkas Masak Cili

Kalau tanya orang KL pernah makan belangkas ke tak, aku pasti jawapan dia tak pernah . Kalau kat kl memang agak mustahil nak mencari kedai yang jual belangkas .Sebenarnya belangkas ni telur dan daging dia agak sedap walaupun rupa dia macam alien sikit.Telur belangkas boleh dimakan begitu sahaja selepas di rebus , tapi kalau masak cili rasa dia sangat sedap.Tapi nak proses belangkas perlukan sedikit kemahiran dan pengalaman . Kalau tak biasa proses belangkas , kebarangkalian untuk kena keracunan makanan adalah agak tinggi.Kalau mengikut kata orang belangkas ni ada racun yang perlu di buang sebelum di makan . Yang sebenarnya benda tu bukannya racun tapi kantung perut dia . Belangkas ni boleh dikatakan sejenis binatang "scavenger" dan perut dia penuh dengan bakteria yang mana kalau di makan boleh menyebabkan keracunan.yang ni cuma teori aku , tapi aku rasa secara saintifiknya ada kebenaran jugak .
Kalau masa kecik dulu bila dapat tangkap belangkas dan dibakar , berebut2 antara kawan-kawan untuk menjamah telur belangkas dan ada ketikanya perut belangkas tak sempat di buang dan pecah .Keesokan harinya bila tiba waktu sekolah kawan2 yang makan belangkas sekali semuanya mc sebab mabuk.








Belangkas hidup perlu direbus selama lebih kurang 20 minit di dalam air yang mendidih.


Kemudian kulit di bahagian bawah tepi perlu di gunting. Kantung perut belangkas terletak di tengah2 dan bewarna putih.kalau gunting dari sebelah tepi memang tak kan kena kantung perut dia.


Bila dah gunting , kulit bawah dia boleh ditarik . Telur dia boleh scoop guna sudu.boleh nampak kantung perut dia di bahagian kiri tangan .





Telur yang telah siap di goreng dengan cili n bawang. Highly recomended cooking this style.

5 comments:

  1. it is absolutely weird looking food. you are so brave to eat it.

    ReplyDelete
  2. It's quite common actually if you live in coastal area. It taste so delicious , do try it

    ReplyDelete
  3. Pernah nampak kulit je. Tak pernah makan. Apa la rasa nya tu yer.. Ada mcm ketam tak. ? :)

    ReplyDelete
  4. cathj-isinya macam ketam tapi telurnya tidak . rasa dia unik skit

    ReplyDelete
  5. kat kedai mana nk makan belangka selain kat kota tinggi?

    ReplyDelete