Friday, June 01, 2012

cucur ketam kuala perlis/restoran nelayan kuala perlis

kalau cucur udang tu memang dah biasa makan dan setakat ni yang terbaik ialah di cucur udang chowrasta market di penang (refer previous posting).Tapi tang cucur ketam ni memang pertama kali makan . Tak pernah terpikir pulak ketam boleh di buat cucur . Sebenarnya rasanya boleh tahan jugak disebabkan bila di goreng pati ketam meresap kedalam tepung dan menjadikan kerak tepung lebih manis .Cuma yang menjadi masalahnya bila tiba time makan , lebih banyak masa di habiskan untuk membuang kulit dari memakan . Selain dari masalah tu , makanan ni memang sedap dan agak popular di kawasan kuala perlis . Isi ketam adalah segar dan harganya berpatutan , tapi dah tak ingat berapa harganya sepinggan .
Kedai ni terletak di tepi laut tak jauh dari jeti nelayan.alamatnya seperti dalam gambar terakhir.





















1 comment:

  1. hurmmmmm.... cucur ketam yerrr.... haishhhhh.... dengan ketam-ketam pun dah lama tak makan.... #terusngidam

    Tapi ni macam ketam goreng tepung jer??? sama kat Terengganu???

    ReplyDelete