Monday, July 20, 2015

Roti Canai Transfer Road , Penang

Makanan yang sedap tak semesti mahal . kalau di penang kebanyakan makanan yang sedap dan popular hanyalah berbumbungkan kain kanvas , berkerusi plastik dan terdedah dengan hiruk pikuk jalanan. Tetapi itulah realitinya ,tempat-tempat sebegini mempunyai keistimewaannya tersendiri dan bagi saya agak klasik sebab dah tak banyak setting kedai2 sebegini di KL. Trend kopitiam yang melanda KL bukti bahawa trend klasik semakin digemari.
Roti canai transfer ni agak popular sampai kena beratur sehingga 30 minit untuk membuat pesanan . Benda yang unik bagi saya di tempat ini ialah kuah daging yang bewarna merah yang rasanya seakan akan rasa sambal sardin . Selain itu rotinya walaupun agak tebal tetapi lembut . Hidangan daging serta ayamnya adalah besar macam hidangan makan tengah hari. Pengusaha roti canai ini adalah dari generasi ketiga , dah berpuluh tahun resepi ni katanya .Nak cari tempat ni agak senang iaitu sebelah hotel penaga . Alamat kedai adalah seperti dibawah 

no.56 Jalan Transfer,
Georgetown,  
10050 Penang
















Monday, July 06, 2015

Lamb Shank Grilled

After my third attempt i finally got it right. Nice texture and flavour.3 hours @ 125'c in alluminium foil and 1 hour @ 175'c without the foil. The gravy i used heinz bbq sauce and i add in extra garlic and oregano leaves. But i leave the gravy to your own personal taste because the most important thing is the temperature and it's duration.

the result .... voila'!!!













Sunday, July 05, 2015

Yat-yat @ ibu gemis

Masih ada lagi makanan pelik kat malaysia rupanya. Ingatkan semuanya aku dah cuba rupa-rupanya masih ada lagi ruang untuk aku xplore. Misi lepas raya ni bercadang hendak ke lumut untuk mencari binatang unik yat-yat. Aku diberitahu orang-orang kampung di lumut dan pangkor tak heran dengan benda ni. Di khabarkan binatang ini gemar bermain di gigi air kawasan pantai dan sedap di makan mentah atau di goreng.Kalau di pantai timur nama dia ibu gemis , nama saintifik dia emerita tailpoda.