Tuesday, March 31, 2009

Ho chi Minh day 2

hari kedua aku berjalan dari hotel ke War Remnants Museum .Jarak dari hotel tidak berapa jauh kalau tak silap aku lebih kurang 3 kilometer.Museum ini dulunya di kenali sebagai Musem of Chinese and American War Crimes , kalau tak silap aku tiket masuk lebih kurang 10000 dong.
Boleh dikatakan tujuan muzium ini dibina ialah sebagai mesin propaganda kerajaan terhadap jenayah perang amerika.Banyak artifak perang di pamerkan serta tayangan video tentang pengunaan bahan kimia AGENT ORANGE yang menybabkan kecatatan kekal.Bila tengok gambar2 lama kesan peperangan rasanya seperti tidak percaya yang negara ini sebenarnya baru sahaja tamat perang pada tahun 1979.Bila anda berada di vietnam anda sebenarnya memang boleh merasakan kesan-kesan peperangan sebab di mana-mana boleh dilihat kesan peperangan dan kalau kita masuk ke kawasan-kawasan kampung kadang-kadang kita dapat lihat kelonsong peluru berpandu ataupun bom di gunakan sebagai tiang untuk menyokong bumbung rumah.
Daripada muzium aku meneruskan perjalanan berjalan kaki ke Bangunan Pos Office vietnam dan NOTRE DAME CATHEDRAL.Bangunan pos office ini adalah sebenarnya bangunan lama yang telah dibina oleh pihak perancis pada kurun ke 18 dan aku rasa sesiapa yang datang kesini patut datang melawat ke sini kerana senibinanya.Di sebelah POS office terletak NOTRE DAME cathedral.Setelah berehat seketika aku meneruskan perjalanan ke REUNIFICATION PALACE.Jarak ke presidential palace agak jauh jugak dari sini , kalau tak silap aku berjalan hampir 50 minit untuk kesana . Tapi aku tak kisah sebab at least aku dapat melihat karenah masyarakat tempatan dan mungkin aku dapat merasa street food vietnam.

REUNIFICATION PALACE sebenarnya ialah istana dan pejabat rasmi president ketika president Ho Chi Minh memerintah.Seluruh complex adalah amat besar dan aku dibawa melawat ke bilik2 rahsia yang terletak di bawah tanah.Butir-butir terperinci bangunan ini aku tak berapa ingat tetapi bangunan ini dijaga rapi oleh pihak kerajaan.
Aku berehat sebentar di salah satu taman berhadapan istana sebelum meneruskan perjalan pulang ke hotel. Jarak perjalanan ke hotel pun agak jauh juga . di sepanjang perjalanan aku singgah di salah sebuah kain sutera yang terletak berdekatan dengan hotel.Esok aku akan meneruskan perjalanan ke CHU CI tunnel yng terletak lebih kurang 2 jam perjalanan dengan bas dari bandar HO CHI MINH.

Monday, March 30, 2009

photos 1

One of my hobbies beside travelling is photography .I guess both hobby complement each other as photography involved a lot of travelling .Below are some of the sample of my works , will update from time to time in this blog.
I could still remember , the good old days when i was just a little kid , I used to spend a lot of time watching airplane take off at Bayan Lepas Airport , Penang and at the same time imagining myself inside the plane.I always said to myself back then " macam manalah rasanya kalau akulah yang ada dalam kapal terbang tu " .Coming from a not very well to do family meant that travelling oversea is like heaven and earth.Now whenever i'm on an airplane looking through the airplane window , i will always remember that i'm used to be that kid who always sits near the fence at the runway side and by reflecting this i'm always thankful to god and my parents who brought me up very well.
"EIFEL TOWER,PARIS" 23rd april 2008
"Lavender" - picture was taken in KEUKENHOFF , Amsterdam ,25th april 2008

"Red Tulip"-picture was taken in KEUKENHOFF ,Amsterdam ,25th april 2008


"Mengkarung" , picture was taken in the garden fronting my house,29th march 2009
















Friday, March 27, 2009

Ho Chi Minh Day 1

Aku memulakan perjalanan ke vietnam pada 5 ogos 2005 .Aku menaiki penerbangan malaysia untuk ke vietnam, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam menaiki pesawat 737.dari dalam kapal terbang pikiran aku asyik terbayang-bayang tentang keadaan negara yang telah berperang dengan US.

Bila masuk sahaja ruang udara vietnam aku dapat melihat kawah-kawah yang berisi air di tengah-tengah sawah dan aku di beritahu itu sebenarnya adalah kesan letusan bom tentera udara amerika.
Aku mendarat di lapangan terbang Tan Son Nhat , ho chi minh . Daripada apa yang aku dengar lapangan terbang ini asalnya ialah lapangan terbang tentera sebab itu masih terdapat bunker-bunker tempat menyimpan kapal terbang di tengah-tengah landasan.Suasana disini memang agak unik dan aku sedikit culture shock bila mula-mula sampai disini.Sebab suasananya amat sibuk dengan hiruk pikuk motorsikal.

Dari segi pemakaian orang disini memang sebijik seperti yang terdapat di dalam filem2 perang hollywood.Majority memakai topi seperti tudung saji dan yang perempuan memakai pakaian seperti cheongsam berseluar.Daripada airport aku bergerak keluar ke hotel dengan menaiki teksi.Matawang rasmi disini ialah VIETNAM DONG tetapi majority peniaga dan hotel disini lebih suka menggunakan US dolar.aku menginap di hotel murah , iaitu hotel SAIGON PINK , daripada luar nampak seperti hotel murah seperti di kawasan chow kit tetapi keadaan di dalam hotel adalah amat bersih serta selesa.Setelah berehat aku memulakan perjalanan ke pasar BEN TANH yang terletak 20 meter dari kawasan hotel aku.bagi orang malaysia , pasar BEN TANH ini memang cukup popular .Manakan tidak masuk saja pasar ini , ramai peniaga yang menegur ku menggunakan bahasa malaysia ,"ADIK MANIS , MURAH MURAH,KAIN ELOK2" .Ben Tanh memang terkenal di Ho Chi Minh sebagai tempat mendapatkan barangan fabrik dengan harga yang murah.Malah ramai peniaga2 malaysia mendapatkan bekalan mereka dari pasar Ben Tanh. Berbekalkan peta aku meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki ke kawasan bandar baru Ho Chi Minh, kawasan bandar baru ini dijaga dengan rapi dan kawasan sekitarnya amat bersih dan cantik .Mungkin vietnam cuba untuk menunjuk imej baru mereka dengan menjadikan kawasan ini sebagai contoh.

di sepanjang perjalanan disini terdapat banyak kedai cenderamata menjual hasil tinggalan perang.Peluru , Grenade , jam askar US lama dan bermacam lagi tetapi awas apabila anda membeli barang-barang sebegini sebab mungkin di rampas di airport.Aku membeli souvenier lighter lama bekas askar amerika yang terukir dengan nama.Setelah penat berjalan di kawasan shooping complex aku memulakan perjalanan pulang di hotel.

Setelah mandi dan makan malam(makanan yang di tapau dari malaysia) , aku memulakan perjalanan di waktu malam , kebetulan di hadapan hotel aku ada pasar malam maka keadaan adalah amat sesak dan bising dengan aktiviti manusia.Sesetengah orang mungkin berasa tidak selesa dengan keadaan seperti itu , tapi bagi aku ianya adalah sebahagian daripada pengalaman di negara orang.keadaan waktu malam lebih menggerunkan sedikit sebab aku perhatikan keadaan lalu lintas adalah lebih sesak di tambah pulak dengan ketiadaan lampu jalan.Banyak pulak pengemis yang meminta sedekah daripada pelancung asing , kebanyakan peminta sedekah disini adalah mangsa periuk api atau mangsa semasa zaman perang amerika semasa tahun 70-an.

Satu benda yang unik disini ialah kebanyakan gerai-gerai makan terletak secara
'open space' di tepi jalan dengan beralaskan bangku dan meja kecil.Aku lepak sekejap di salah satu warung tepi jalan untuk menghilangkan dahaga serta menikmati "street life drama" bandar Ho Chi Minh di waktu malam.Sambil-sambil itu aku merancang untuk aktiviti esok.

Thursday, March 26, 2009

sweeden-belgium-spain day 5 & 6





Hari ini aku akan bertolak ke GIRONA , Sepanyol . kalau tak silap aku penerbangan aku kesana pada pukul 5 ataupun 6 so aku habiskan masa aku berjalan-jalan di bandar Charleroi , Belgium .Tak de apa-apa sangat di bandar charleroi ni , cuma aku lihat ada banyak di jual buah-buahan kering di sini . Rasanya agak sedap dan tak berapa manis , tak seperti di sweeden harga barang di belgium adalah agak murah . Aku bertolak menaiki kapal terbang ke GIRONA.Cuaca di GIRONA agak panas dah suasana disini agak berbeza berbanding dengan dua negara yang aku lawati sebelum ini.Suasananya lebih kering ada "mediterranean feel towards it". Sampai sahaja di airport aku dapat rasakan yang sepanyol mungkin negara pengeluar minyak zaiton kerana terdapat berbagai produk zaitun di jual di mana-mana, daripada minyak hinggalah ke krim.Nasib baik hotel yang aku tempah terletak berdekatan airport.Aku menginap di hotel VILOBI PARK hotel dan sekali lagi timbul masalah bahasa , dan kali ini rasanya lebih teruk berbanding di belgium , sebab penjaga hotel langsung tidak memahami bahasa inggeris, bila tanya asyik "POR FAVOR" sahaja. Akhirnya setelah puas isyarat tangan aku pun diberikan kunci.

Sebenarnya GIRONA terletak lebih kurang 40km daripada barcelona dan sebahagian daripada daerah CATALUNYA .Setelah selesai berehat di hotel aku menaiki bas menuju ke bandar GIRONA. Terdapat satu kawasan penempatan lama yahudi di Girona yang berusia hampi 800 tahun yang dibina di sepanjang sungai ONYAR.Rumah di kawasan ini dibina dekat-dekat dan suasana bila berada disini rasanya mirip kepada berada di zaman robin hood . Agak sayang kerana aku tidak beberapa mengingati tempat2 yang aku lawati ketika berada di sini. tetapi insyalllah di masa depan aku akan cuba catitkan segala informasi tentang tempat-tempat yang aku lawati untuk di kongsi bersama.Pada hari keenam aku bertolak balik ke sweeden untuk bertolak ke Malaysia.Di dalam perjalanan menuju ke sweeden daripada spain , aku melalui GUNUNG MONt BLANC , perancis.

Pantai teluk cempedak







Teluk Cempedak terletak lebih kurang 5 km dari bandar kuantan,Pahang.Bagi aku pantai ni memang cantik dan sesuai sebagai tempat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan ke Terengganu dan Pantai Timur.Kebersihan kawasan sekitar pun terjaga dan kemudahan makanan sama ada fast food atau makanan melayu pun banyak.Satu makanan specialty yang aku suka makan apabila melawat ke daerah kuantan ialah SATA . Aku tak pasti dari mana asalnya makanan SATA tapi ianya banyak terdapat di sepanjang perjalanan daripada kuantan ke terengganu.SATA di perbuat daripada isi ikan yang dicampur dengan santan dan sedikit cili, semua bahan-bahan ini di gaul dan dibalut dengan daun pisang serta di panggang diatas bara api.Rasanya agak berlemak sedikit dah pedas dan sesuai kalau hendak dimakan seperti snek.Harganya pun tak berapa mahal iaitu diantara RM0.40 ke RM 0.60 bergantung kepada saiz dan tempat.

Wednesday, March 25, 2009

sweeden-belgium-spain day 4











Hari ini aku hendak memulakan perjalanan ke bandar brussels.Setelah selesai sarapan di hotel dan seperti biasa aku "pau" beberapa keping roti dan telur untuk bekalan sepanjang perjalanan.Hotel IBIS terletak betul-betul dihadapan stesen bas dan keretapi tetapi keadaan stesen yang tidak terurus mengingatkan aku kepada suasana stesen bas di MALAYSIA.Di belgium aku perhatikan terdapat banyak peminta sedekah yang majoritinya terdiri daripada orang islam (aku tak pasti warganegara apa tapi mungkin bosnia).
Bahasa memang menjadi satu masalah di Belgium , puas aku bertanya tempat hendak beli tiket tapi semuanya macam ayam dengan itik.Akhirnya trepaksa mengikut pergerakan orang ramai dah akhirnya aku tiba di kaunter tiket.

Nasib baik orang di tiket kaunter boleh berbahasa inggeris.Aku menaiki keretapi dua tingkat untuk ke brussels.Sepatutnya sudah lama Malaysia menggunakan perkhidmatan keretapi dua tingkat sebab KOMUTER sekarang sering kali sesak .bukan sesak kerana rakyat Malaysia makin ramai tetapi sesak dengan warga asing.kekadang geram jugak sebab sering kali aku naik komuter penuh dengan mat bangla dengan indon padahal aku seorang warganegara yang mebayar cukai.Patut dikenakan tambang lebih untuk bukan warganegara.

Selepas lebih 1 jam aku tiba di stesen keretapi GARE DU MIDI , stesen keretapi ni agak besar jugak dan tak seperti stesen keretapi di malaysia.Bandar brussels penuh dengan bangunan-bangunan lama dan bersejarah.Makanan hala ada di merata-rata tempat dan aku juga lihat ramai orang dari timur tengah dan algeria kat sini.Aku pun tak pasti apa tarikan belgium kepada mereka mungkin dari segi kemudahan makan halal.Aku berjalan menyusuri bangunan lama menuju ke GRAND PALACE yang terletak di tengah2 kawasan bandar lama brussels.kali pertama melihat grand palace aku betul-betul kagum dengan "architectural beauty" bangunan tersebut.Ukiran-ukiran yang terdapat di bangunan bagi aku adalah terlalu halus dan complex. Aku lepak lebih kurang 30 minit di hadapan dataran yang dikelilingi oleh GRAND PALACE.tempat ini memang unit kerana di tengah GRAND PALACE ada satu kawasan kosong dimana terdapat 'small cafe' untuk pelancung berehat.Untuk pengetahuan semua , GRAND PALACE dibina pada kurun ke 12 dan menjadi pusat aktiviti bagi masyarakat zaman dahulu.Di sekitar GRAND PALACE terdapat bangunan2 lain yang jelas terpelihara walaupun sudah berusia 800 tahun. Untuk makan tengah hari aku beli roti bakar berintikan keju dan tuna yang terletek di sebelah bangunan BOURSE.BOURSE ialah bursa saham yang dibina pada kurun ke 18.Disebabkan tempat2 tarikan lain terletak agak jauh diantara satu sama lain , aku membuat keputusan untuk membeli tiket HOP ON HOP OFF bus untuk ke destinasi-destinasi pelancongan di sekitar bandar Brussels.Antara tempat2 yang aku lawat ialah EU headquarters,AUTOWORLD,AUTOMIUM dan sebagainya.Aku pulang ke hotel di CHARLEROI bila hari dah gelap . Aku rasa masa yang aku ada di brussels terlalu singkat sebab bandar ini kaya dengan sejarah.Tetapi disebabkan isu kos aku terpaksa padatkan jadual aku untuk mengembara ke tiga negara didalam tempoh seminggu.badan ak terasa amat letih kerana di sepanjang perjalanan ini aku menghabiskan banyak masa berjalan kaki.Esok petang aku akan meneruskan perjalanan ke GIRONA, SPAIN.











Tuesday, March 24, 2009

sweeden-belgium-spain day 3



















hari ketiga aku di sweeden- aku bangun awal hari ni sebab nak habiskan masa panjang sikit sebelum bergerak ek airport.Kebetulan ada orang jual buah-buahan berdekatan hotel , aku beli sedikit blueberry , rasberry dan strawberry.Aku cuba rasa strawberry ,sedap , tapi rasberry punya ler masam sampai tek leh makan.Aku cuma lepak kat shopping complex saja hari ini sebelum bertolak ke SKAVSTA airport.


Aku naik tren untuk pergi ke CITY TERMINALEN(mcm kl sentral).Dan dari sana aku bertanya dengan orang tentang cara2 hendak pergi ke SKAVSTA airport.Salah sorang mat saleh yang aku tanya suruh aku naik ke tingkat atas sebab ada bus (FLYGBUS) yang boleh membawa aku ke SKAVSTA airport.Rupa-rupanya SKAVSTA airport terletak agak jauh gak dari STOCKHOLM iaitu lebih kurang satu jam perjalanan dari sini.FLYGBUS beroperasi agak efisyen iaitu jadual perjalanan bas mengikut jadual penerbangan RYANAIR. Aku pun naik bas melalui highway ke SKAVSTA.Sepanjang perjalanan aku nampak pemandangan ladang kuda , ladang gandum(kalau tak silap) dan banyak gak kedai ikea kat sini maklumlah sebab ikea memang asalnya dari sweeden.


Selepas satu jam aku pun tiba di skavsta airport , saiz airport agak kecil sahaja dan aku cuma nampak penerbangan ryanair sahaja dalam skrin.mungkin airport ni khas untuk ryanair.aku advise sesiapa yang hendak travel didalam europe supaya book guna http://www.ryanair.com/ sebab tambang dia mmg murah.Sebenarnya europe ada bnyk low cost carrier tapi ryanair is the best and the most cheapest.Masa tengah tunggu flight aku pelik sebab takde immigration counter , aku pun tak sedap hati sebab passport aku tak bercop lagi , takut nanti ada masalah bila sampai belgium nanti.Selepas bertanya baru aku tahu yang intra-europe travel especially didalam europen union tak perlu passport , cuma masuk saja.Akhirnya penerbangan aku tiba dan terpaksa berjalan untuk ke kapal terbang 737-800.Aku terbang melepasi denmark dan belanda dan dari udara aku nampak banyak kincir angin dikawasan pertanian di belanda.Aku tiba di CHARLEROI , BELGIUM pada waktu senja.Suasana kat belgium lain sikit daripada sweeden sebab tak ramai orang yang pandai berbahasa inggeris.majority bercakap didalam bahasa perancis atau flemish.Setelah bertanya , aku pergi menaiki bas untuk ke hotel IBIS.Nasib baik kedudukan hotel berdekatan dengan stesen bas , kalau tak pening gak nak mencari.Sampai di hotel tak de orang yang pandai berbahasa inggeris , so mcm ayam dan itik tapi akhirnya dapat gak kunci bilik.Suasana bandar CHARLEROI ni serabut sikit dan tak terurus .Charleroi adalah sebuah bandar perindustrian.Aku cuma berjalan-jalan kat area hotel sahaja pada waktu malam , rupa-rupanya kawasan belakang hotel aku ni RED LIGHT DISTRICT gak sebab ada beberapa stripper club kat sini.Setelah beli roti untuk dinner aku pun balik ke hotel untuk tido sebab esok hendak memulakan perjalanan ke bandar brussels.Bandar BRUSSELS terletak lebih kurang 45 minit perjalanan dari keretapi.

sweeden-belgium-spain Day 2





























Hari kedua aku bangun awal sebab excited nak memulakan perjalanan ke bandar stockholm.Aku breakfast kat dalam hotel dan aku "pau" beberapa biji telur telur rebus dan beberapa keping roti untuk mengalas perut semasa perjalanan , maklumlah cash reserve mmg sikit dan barang kat sweeden mahal.Hidangan breakfast kebanyakannya roti kering tradisional sweeden,aku tak ingat nama dia tapi kat ikea ada jual (roti kering leper n berlubang kat tengah).

kat luar temperature dlm 4'C tapi dalam keadaan sejuk macam tu pun ada gak minah saleh yang pakai mini skirt sedangkan aku dah berbungkus.Selepas aku keluar dari hotel aku pun saja pusing kat area hotel , aku cukup kagum ngan orang sweedish sebab diaorg terlalu pikirkan pasal environment , segalanya bersih dan segalanya hijau.Tengah2 berjalan tetiba ternampak pokok epal, aku punya le kagum n excited macam rusa masuk kampung , siap berposing and cuba nak amik buah epal atas pokok sampai orang tempatan pun pandang semacam.
Dengan berbekalkan map aku pun bergerak ke destinasi pertama aku iaitu GAMLA STAN, aku naik train menuju ke stesen kat tepi terusan tapi aku tersilap berhenti satu stesen awal .Terpaksa ler berjalan agak jauh gak , tetapi disebabkan pemandangan yang cantik aku tak kisah sebab tak terasa.Aku berjalan ditepi terusan bersebelan dengan landasan keretapi , di hadapan aku ada permandangan bandar lama GAMLA STAN dan di belakang aku ada STADSHUSET dan HOTEL KAPAL RIDDARHOLMEN. Nampak dekat je GAMLA STAN tapi jalan tepi landasan kena sekat dah terpaksa pusing2 baru jumpa.Sebenarnya GAMLA STAN ialah bandar lama daripada kurun ke 13 lagi , tetapi tetap utuh terpelihara.Cuba bayang kalau kota melaka masih utuh sampai sekarang.
Setelah berjalan kat GAMLA STAN aku pun terus berjalan untuk menaiki boat cruise kat tengah-tengah bandar stockholm.Tetiba tengah2 berjaln terjumpalah seorang student malaysia kat sini yang tengah buat medical research kat sweeden,Sebelum naik cruise aku singgah makan jagung dulu kat sweeden , punyalah mahal sampai RM10 setongkol.Aku ada attach gambar kat atas tentang stall jagung , kalau korang perasan kat belakang tu ada public toilet , nak masuk kena charge RM 5 ringgit tapi kalau masuk rasa macam nak tido jer kat toilet tu sebab terlalu bersih dan hampir mirip toilet kat ikea one utama , tapi toilet ikea busuk, he he.
Aku naik river cruise dan di bawa mengelilingi bandar stockholm , sekali lagi aku kagum dengan 'town planning ' dan kebersihan bandar stockholm.Kat stockholm takde bandar2 pencakar langit , cuma ada bangunan rendah-rendah saja , kekadang terpikir gak apa guna malaysia ada KLCC and etc kalau mentaliti masyarakat masih lagi third class.Bit yang aku naiki melalui kawasan perumahan dan rumahnya semuanya cantik dengan lanskap yang cantik , kebersihan sungai kat sana memang cantik dan airnya jernih kalau kat malaysia sungai2 mcm ni cuma leh dapat kat kawasan hutan simpan saja . selapas naik bot aku menerus kan perjalan ke kawasan istana dan seterusnya ke kawasan shopping .tapi nak beli memang tak mampu sebab barang terlalu mahal.Di GAMLA STAN aku terjumpa satu kedai makanan halal tetapi tak mampu nak makan sebab lunch saja dah mencecah RM100.Berbekalkan telur rebus dan roti yang aku 'pau' kat hotel pagi tadi, aku pun lunch .
hari pun dah lewat petang , kaki pun dah lenguh sebab berjalan jauh , aku pun menaiki keretapi untuk pulang ke hotel.Setelah tido d hotel aku pergi ke pasar yang berdekatan hotel dan aku terkejut sebab ada jual buah rambutan dan manggis yang layu.kalau tak silap aku harga rambutan layu kat sana RM60 sekilo!!!.kalau aku tahu awal leh aku bawak rambutan satu beg jual kat sini,mesti dah cover budget aku.Untuk makan malam aku cuma makan roti dengan telur saja.Aku terpaksa tido awal sebab esok aku kena meneruskan perjalan ke belgium.

Monday, March 23, 2009

Sweeden-belgium-spain DAY 1











Aku buat perjalanan ni pada 10 september 2005.Walaupun dah dekat 4 tahun sudah berlalu , aku akan cuba ingat sebaik mungkin tentang trip ni.in future will try to document every step of the trip so that i could share the detail of my trip

Masa mula-mula plan trip ni risau gak , sebab masa tu budget tak besar sangat , bawak duit cukup-cukup je utk cover basic makan and transport.Tetapi semangat punya pasal beranikan diri and gamble untuk my first trip to europe.Hotel booking semuanya buat kat Malaysia dulu through internet , biasanya aku guna OCTOPUS atau WOTIF utk hotel booking sebab dia very reliable.Untuk travel dalam europe aku booking flight RYANAIR, RYANAIR ni mmg popular kat europe dan boleh dikatakan pelopor dalam LOW COST CARRIER.Aku book tiket daripada Skavsta, sweeden ke Charleroi,Brussel, Charleroi ke Girona,Spain.Girona ke Skavsta,sweeden.

Tambang Ryanair aku tak ingat tapi seingat aku memang murah.

Perjalanan dari KL memakan masa selama 13 jam.Sepanjang perjalanan aku melalui afganistan dan aku dapat lihat sejauh mata memandang kawasan gurun.Kekadang aku pelik mcm mana manusia boleh duduk ditengah-tengah padang pasir sebab di tengah gurun afganistan aku boleh nampak kawasan perkampungan.

Sampai di ARLANDA airport SWEEDEN sudah hampir senja, masa tu cuaca dalam 7'C , boleh tahan sejuk gak.Sebenarnya flight yang aku naik ialah penerbangan ke NEW YORK , masa kat sweeden cuma beberapa orang sahaja (kurang dari 20) yang turun , selebihnya meneruskan perjalanan ke NEW york. Daripada airport aku menerusan perjalanan selama 45minit untuk ke stockholm menaiki keretapi ARLANDA ekspress.Masa kat airport gelabah gak nak cari transport tetapi satu benda yang aku respect psal sweedish ialah orangnya semua polite dan berbahasa.Setelah 45 minit aku tiba di CITY TERMINALEN STATION STOCKHOLM.Setelah puas bertanya dan mencari aku seterusnya meneruskan perjalan menaiki tren untuk ke SOLLENTUNA iaitu lokasi hotel SCANDIC STAR SOLLENTUNA. Hotel dia mmg cantik dan terletak betul di sebelah tren station.Setelah berkemas , aku pun tanpa membuang masa memulakan perjalanan ke bersiar-siar ke bandar stockholm , masa tu keadaan dah gelap dan mak datok!! sejuk btul pada waktu malam.Di sebabkan jetlag aku tak berdaya utk bersiar2 dan terus pulang ke hotel untuk tidor.




Jambatan Pulau Bunting











Sebut saja Jambatan Pulau Bunting , aku gerenti almost 99% orang akan tercengang dan tertanya-tanya lokasi jambatan tersebut.Sebenarnya aku pun pertama kali terdengar akan kisah jambatan tersebut walaupun setelah berpuluh tahun tinggal di utara semenanjung Malaysia.Sesiapa yang pernah pergi melihat jambatan tersebut di daerah YAN , KEDAH pasti pulang dengan seribu tanda tanya tentang misteri jambatan tersebut.

Sesungguhnya jamabatan itu mmg unik disebabkan rekabentuk , saiz dan tujuan asal pembinaan. Mengikut info yang aku dapat daripada orang tempatan semasa menjelajah di kawasan itu ialah jambatan yang sepanjang 2.3 km itu dibina oleh GAMUDA berhad dimana pemilik projek ialah JKR , tujuan sebenar pembinaan aku tak pasti sebab ada banyak versi dari pihak tempatan.Ada yang mengatakan ianya untuk pembinaan marina ada jugak yang kata untuk pelabuhan dan macam-macam lagi.Tetapi melihat kepada skala pembinaan dan akhirnya di biarkan begitu sahaja jelas menunjukkan pembaziran wang telah berlaku.Pertama kali tiba disana aku tak dapat nafikan yang aku memang kagum dengan rekabentuk jambatan itu , memamng sungguh tak disangka terdapat jambatan sebegini rupa di tempat yang ceruk.

Jambatan ini sekarangnya menjadi tempat tumpuan warga tempatan untuk memancing dan aku rasa kerajaan negeri patut "exploit" tempat ini untuk lokasi memancing and etc. Saiz pulau ini aku tak pasti tapi mungkin dlm 300m x 200m . Kepada sesiapa yang berminat untuk berkunjung anda boleh pergi ke daerah YAN , Kedah dan pergi ke SEDAKA , dan di sedaka ada satu simpang empat menghala ke kawasan pantai , jalan masuk ke jambatan tidak berturap dan tidak ada sebarang papan tanda untuk ke jambatan.For further info and pic please visit the below url

TRY TO EXPLORE THIS UNIQUE BRIDGE